Tema Hari Kebangsaan 2020 "MALAYSIA PRIHATIN"

Assalamualaikum. Apa yang Fiza nak bagitahu bahawa Fiza bangga menjadi anak Malaysia. Tahun 2020 memang membawa banyak kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan oleh semua bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia. Tika dunia sekarang dalam usaha memerangi COVID-19, kita rakyat Malaysia masih boleh bekerja, jalan-jalan, makan angin dan shopping. Yang penting ikut SOP yang ditetapkan. Negara lain kes makin meningkat, kematian makin tinggi. Sedih tengok.


Tema Hari Kebangsaan 2020 "MALAYSIA PRIHATIN" | Sambutan Hari Kemerdekaan di negara kita pun tidak seperti tahun-tahun lalu. Jadinya untuk rasa kemeriahan itu, Fiza ajar anak-anak untuk kenal erti kemerdekaan. Bagi mereka kenal jalut gemilang. Walaupun mereka masih kecil, sekurang-kurangnya mereka tahu. Thaqif dan Huwainaa panggil jalur gemilang "Anak Malaysia". Lucu pun ada tapi mereka seronok tengok berdera dikibarkan di merata tempat. 


Kenali LOGO Tema Hari Kebangsaan 2020

MALAYSIA Prihatin yang dipilih menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kalau korang nak tahu, tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Sementara warna biru tua pula memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni. 


C&P : SinarPlus dan Berita RTM

Jom sama-sama kibarkan jalur gemilang. Setidak-tidaknya sehingga Hari Malaysia 16 September 2020.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63. Semoga Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. Merdeka...tahun ini tak dapast bawa anak2 meraikan di Dataran atau Putrajaya...semoga tahun depan kita semua MERDEKA daripada COVID 19

    ReplyDelete
  2. Betul.. Ajar naak2 pasl merdeka ni.. Sikit2 pun ok.. Lama2 dia paham

    ReplyDelete
  3. Betul memang kena amik tahu tema merdeka setiap tahun. Baru best!

    ReplyDelete
  4. Simple but terisi dengan maksud2 logo tu.

    ReplyDelete