Tak sangka Spicy Lemon Chicken McDeluxe rasa dia....

Assalamualaikum. Sejak blogspot bertukar template untuk edit, hakak jadi kekok dan rasa macam tak best je nak update entry. Selama ini dah biasa yang lama kan, kali ini memang susah la sikit. Tapi slow-slow nanti expert la semula kan. Janji rajin update blog. Untuk bacaan ringkas-ringkas, Fiza nak share pasal burger McD yang baru Spicy Lemon Chicken McDeluxe.


Tak sangka Spicy Lemon Chicken McDeluxe rasa dia.... | Kalau Spicy Chicken McDeluxe tu memang favorite la sebab itu je burger yang Fiza paling suka makan. Kali ini ada Spicy Lemon Chicken McDeluxe dengan Lemon Mayo Sauce. Mesti korang pun tertanya-tanya rasa dia kan. Nie yang Fiza nak bagitahu nie... agak-agak sedap ke tak yer..

Lemon Mayo Sauce, rasa masam manis




Tengok gambar, agak-agak sedap ke tak. Jawapan dia sedap bak hang... Memang sedap betul lemon mayo sauce tu. Memang kena la dengan Chicken McDeluxe nie. Confirm hakak akan repeat lagi minggu depan. 



Lepas tu kena pula dengan Ice Chocolate, memang kenyang sampai ke petang. Kalau korang tak rasa lagi, jemputlah pergi Mc Donalds tu. Mc Donalds tak bayar akak yer, nie review ikhlas dari hati.. haha.. Kalau korang dah makan, cuba share sedap ke tak, tekak lain-lain kan.. share la nak tahu jugak.

Wassalam.

Post a comment

6 Comments

  1. Nampak sedap plak tgok entry ni petang2 ni ha...aduhai..kena la pi cari kejap lagi

    ReplyDelete
  2. alamak tgk gambar terus terliur macam sedapp je..nk kena cubalah nanti

    ReplyDelete
  3. Kreatif betul team Mcd ni ya kan kak. Tak terfikir kita chicken dipairkan dengan gabungan sos lemon. mmg kreatif. adakah lepas ni ada chicken sos budu atau chicken sos tempoyak. satu inovasi yang boleh dipertimbangkan kak utk attract peminat makanan tempatan. huhu.

    ReplyDelete
  4. Hehehe boleh la Cik TK try lepas ni...

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar memang nampak sedap sebab penuh mayo.

    ReplyDelete