Assalamualaikum. Rezeki ini dalam pelbagai cara, tolak rezeki bermaksud kita tolak rezeki Allah. Jadi apa jua bentuk rezeki, kita terima dengan rasa syukur Alhamdulillah. Ingat, jangan sesekali merungut dengan apa yang kita terima. 

Bercerita pasal rezeki ini, alhamdulillah rezeki dari Ayam Brand juga masaih ada. Terima kasih kepada pihak Ayam Brand kerana masih sudi untuk bekerjsama dan memberikan goodie bag berupa produk ayam brand. Ini adalah tanda terima kasih kerana menyokong Kempen #ayambersamamu dan JAKOA bantu komuniti orang asli, Changkat Bintang, Selangor.



Ayam Brand Goodie Bag : Kempen #ayambersamamu dan JAKOA bantu komuniti orang asli | Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor. 

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat. 

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli. 


Kempen Komuniti Penyayang 2020


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 


Jom kita masak


Terima kasih Ayam Brand. Pemberian yang sangat bermakna buat Fiza. Boleh buat pelbagai menu masakan dengan barang makanan ayam brand nie. 


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, boleh layari https://www.ayambrand.com.my.