Mediheal Beauty Serum Mask membantu mencerahkan kulit wajah

Assalamualaikum. Sejak ada hobi main bot tengah laut, kulit pun makin tan gitu. Tan tu macam sunburn la, warna kulit berubah jadi gelap bukan Kim Tan cerita The Heirs tu tau. Nak kata kulit ini putih tidak la, tapi kalau nak dapat semula warna asal kulit selepas sunburn memang ambil masa. Jadinya untuk rawat semula warna kulit ini Fiza gunakan Beauty Serum Mask dari Mediheal.




Mediheal Beauty Serum Mask membantu mencerahkan kulit wajah | Beauty mask bukan sama je ke? Memang sama kalau kalau tepek kat muka tapi Mediheal Beauty Serum Mask nie lain. Ia ada fungsi bubble massage. Nanti kita cerita lagi pasal bubble massage ini. 

Mediheal Beauty Serum Mask terdiri daripada dua pilihan mengikut jenis kulit iaitu Mediheal Whitening Bubble Tox Serum Mask dan Mediheal Soothing Bubble Tox Serum Mask. 


Mediheal Whitening Bubble Tox Serum Mask



Sesuai untuk kulit kering, kusam atau combination. Ia membantu memberikan effect mencerahkan wajah (radiant glow)


Mediheal Soothing Bubble Tox Serum Mask



Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak dan kering. Ia membantu memberikan effect soothing (dewy glow) dan berfungsi membantu mengurangkan wrinkle di wajah.




Bila pakai beauty face mask ini, korang akan merasai urutan buih di wajah. Itulah fungsi bubble massage yang Fiza mention kat awal entry tadi. 


Mask ini diformulasi dengan Bright Toning Complex (rice bran water, pearl extract dan milk protein) dan patented ingredient. Juga didatangkan dengan ciri-ciri innovatif yang mampu mencerahkan kulit wajah melalui serum gelembung berkrim. Ia membantu mengubah kulit kusam menjadi lebih cerah dan ceria.


Cara nak pakai pun senang, tidak perlu bilas, hanya biarkan ia kering di muka untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri.

Kulit jadi smooth je lepas guna



Mask ini adalah produk dari Negara Korea. Model dia kalau tak silap Hyun Bin. Jadinya kalau korang nak tahu lebih info boleh layari:

Facebook: @MedihealMY
Instagram: medihealmalaysia

Post a comment

5 Comments

  1. wah patutlah berseri-seri selalu.. Jemput join GA kita.. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. bestnya mesti nyaman je...umphh...

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pakai mask feeling2 letak timun kat mata. Tapi dah fobia lepas muka breakout.

    ReplyDelete
  4. Best tengok mask berbuih tu.. Menarik

    ReplyDelete
  5. Dah cuba dah. Memang best. Tak payah nak basuh ataupun bilas air dah.

    ReplyDelete