Find us on Facebook

Pengalaman ngeri dan menakutkan sepanjang berada di Nights of Fright 7, Sunway Lagoon

Assalamualaikum. Terus terang Fiza nak bagitahu bahawa Fiza adalah antara mereka yang tidak suka dan tidak minat untuk layan movie atau cerita hantu. Kalau ada cerita hantu, atau tertonton cerita hanta, alamatnya malam-malam memang terbayang-bayang. Mulalah dekat tingkap terbayang ada hantu, masa mandi terbayang hantu. Memang stress. Kalau di tv ada iklan pun Fiza dah tukar channel. Tak de minat nak tengok.


Pengalaman Ngeri sepanjang berada di Nights of Fright 7 | Dah tu kalau takut kenapa pergi ke Nights of Fright 7 (NOF7)? Apa yang ada di NOF7? Rumah hantu ke tu? Macam mana rupa rumah hantu tu? Nak tahu jawapannya. Kena la baca sampai habis. 

Nights of Fright adalah merupakan Festival of Fear yang diadakan di Sunway Lagoon Malaysia. NOF diadakan pada bulan Oktober hingga November setiap tahun. Pada tahun ini, Fiza berkesempatan untuk pergi ke NOF7 iaitu 1 Nov 2019 yang lepas. Ia dibuka pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam bergantung kepada jumlah pengunjung.



Perasaan pada waktu itu, takut pun ada, teruja pun ada. Tertanya-tanya macam mana rupa rumah hantu di NOF7. Tak kan masuk je pintu gerbang dah kene terjah dengan hantu. Mari Fiza cerita. NOF 7 mempunyai 9 Haunted House & Theater kesemuanya iaitu:

1. Bloodshed
2. Horrorwood Studios
3. The Hotel Deville
4. The Plague
5. Horrorjuku
6. House of Voodoo
7. Bomoh Theater
8. Animalium
9. Sharknado Alive


Oleh kerana Fiza ditemani oleh husband, jadinya perasaan takut tu berkurangan lah jugak. Sebab fikir ada teman. Jam 7.30 malam pintu masuk dibuka. Ramainya pengunjung waktu tersebut. Dengan muzik hantu terpasang, meremang jugak rasanya, padahal baru depan pintu masuk. 

Hantu mula-mula yang korang akan jumpa

Mula-mula kami ke pentas NOF Main Stage. Ambil ketenangan dahulu sebelum mula meneroka rumah hantu yang ada. Di sini terdapat beberapa pertunjukan dan kejutan. Tetapi kami tak ambil masa yang lama di sini. Kami teruskan pengembaraan ke rumah hantu pertama iaitu The Hotel Deville. Hotel berhantu yang mana penyambut tetamu pun dah seram. Teringat pula cerita Hotel Del Luna. 


The Hotel Deville

Hotel yang dipenuhi dengan darah. Tiada unsur-unsur keganasan cuma terasa ngeri bila tengok hantu-hantu yang berdarah, keadaan hotel pula seram. Menjerit tak payah cakaplah, naik penat sampai berpeluh-peluh. Bila keluar je dari The Hotel Deville, rasa lega. Tapi yang peliknya memang best. Tahap keseraman 9/10.


Bloodshed

Rumah hantu kedua yang kami terjah, Bloodshed. Suasananya pula di dalam gua dan suasana ladang yang ditinggalkan. Sebelum hendak masuk mereka berikan rantai besi untuk dipegang. Kiranya kita berjalan macam kereta api seramai 10 orang. Jangan berpecah. Sebelum masuk memang redho habis. Macam manalah keadaan dalamnya sampaikan diberikan rantai besi untuk dipegang.

Sekali masuk, takut dia dasyat betul. Mereka lebih kepada ngeri dan ganas. Mana taknya, hantu zombi main-main dengan chainsaw. Itu belum lagi acah-acah nak rabak muka kita dengan cangkuk besi. Yang ini memang keluar berpeluh lenjun. Mengatasi The Hotel Deville. Tahap keseraman 10/10. Walaupun takut, tapi memang best.


Horrorjuku

Niat awal nak masuk sebuah je, terasa tidak puas pula bila sudah masuk 2 rumah hantu. Kami teruskan dengan rumah hantu ketiga Horrorjuku. Lebih kepada konsep Theater. Sebelum masuk pengunjung diberikan cermin mata UV3D. Konsep rumah hantu lebih kepada hantu di screen. Bagi kami, bila masuk sini keadaan lebih tenang kalau nak dibandingkan dengan Bloodshed. Hantu bertopeng comel anime jepun. Tahap keseraman 5/10. 


House of Voodoo

Kalau dah voodoo mesti dah boleh agak kan keadaan rumah hantu yang macam mana. Suasananya seram kerana berada dalam rumah kayu dan lebih kepada spirit possession. Di sini memang ada hantu yang ikut dari belakang. Perjalanan pula panjang sampai ternanti-nanti mana pintu keluar. Tahap keseraman 9/10. 


The Plague

Pengembaraan makin seronok. Rumah hantu terakhir yang kami ambil masa hampir 1 jam beratur. The Plague. Kalau nak dibanding dengan 4 rumah hantu yang sebelum ini kami masuk, yang ini paling panjang dan kejutan tiada henti. Penatnya hanya tuhan je yang tahu. Tahap keseraman 9/10. 


Daripada 9 Haunted House & Theater kami berjaya masuk 5 daripadanya. Masa tidak mengizinkan untuk kami untuk terus menghantui diri sendiri. Selain itu terdapat juga hantu-hantu dan zombi yang merayap-rayap sekitar kawasan. Sambil-sambil jalan pun korang akan dihantui. 











Pengalaman sepanjang berada di Nights of Fright 7 memang tidak dapat dilupakan. Walaupun seram tapi seronok sangat. Hilang segala stress bila datang sini. 

Tahniah buat Sunway Lagoon kerana berjaya menganjurkan Nights of Fright 7 dengan jayanya. Terima kasih juga buat RealMe Malaysia dan Sunway Lagoon Malaysia atas peluang yang diberikan. Kalau mereka tak sponsor memang tak jejak kaki Fiza di sini. Terbaik.

#realmeEclipse
#realKUAT
#64MPQuadCameraXpert
#NOF
#NOF7

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau akak memang x pergi la...perghhh...menakutkan semuanya

    ReplyDelete
  2. wah syoknya bergambar dengan hantu2! sya tiap tahun tengok je orang pergi tapi tak dapat nak pergi lagi huhu..

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya layan hantu2 ni.. haha

    sy pon bkn peminat cite seram.. takotttttt

    ReplyDelete
  4. Hantu semua sporting habis! boleh bergambar pulak yek!

    ReplyDelete
  5. Macam saya jugaklah tu. Bila layan cerita hantu... Confirm lepas tu terbayang² di pintu di tingkap. Hahaha...

    Fuh! Kalau saya... Boleh ke tak lalui semua tempat tu.

    ReplyDelete