Ana Ikan Bakar Petai kurang petai?

Assalamualaikum. Destinasi wajib jalan-jalan cari makan di Kuantan adalah singgah makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Ini kunjungan kali kedua kami bila singgah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tahun lepas kami makan di cawangan mereka yang berada di tepi jalan dan kawasannya tidak seluas yang kami datang hari nie. Ana Ikan Bakar Petai yang kami datang untuk kali ini berhampiran dengan Kuantan Waterfront Resort.

Ikan Jenahak Bakar Petai
Ana Ikan Bakar Petai kurang petai? | Ramainya pengunjung yang makan di sini. Kawasannya juga luas dan meja makan juga banyak. Boleh kata full house dan sewaktu kami tiba, mujur ada family yang baru sahaja selesai makan. Dasyat betul penangan ikan bakai petai di sini.

Waktu menunggu ikan bakar sampai memang sangat menduga. Antara menu yang paling lambat sampai. Untuk elak keboringan menunggu makanan, kami memesan sotong celup tepung dan satar terlebih dahulu.

Sotong Celup Tepung
Sata
Tomyam Putih
Ketam 3 Rasa
Pepahat masak kicap
Nasi putih
Adik dan adik ipar
Kemain nikmat makan pepahat yer
Bila semua makanan sudah sampai, terakhir sekali adalah Jenahak Bakar petai yang mana petainya terlalu kecil dan sedikit. Jika hendak dibandingkan dengan kunjungan kami sebelum ini, kali ini agak sedikit kecewa. Tapi biasalah kan, tempat ramai orang, lagipun bukan mereka paksa kita untuk datang pun, makanya kita perlu redha sahaja. 

Tipulah kalau kata tak sedap. Tempat makan yang rata-rata bersetuju untuk singgah jika ke Kuantan. Tapi kami tetap makan sehingga kenyang. Semua masakan yang dihidangkan sedap dan menepati rasa. 

Jadi korang yang nak cari masakan seafood, bolehlah consider Ana Ikan Bakar petai sebagai tempat wajib kunjungi apabila ke Kuantan. 

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. Boleh cuba untuk pergi kalau lajak ke Kuantan nanti..

    ReplyDelete
  2. Dapnya ikan bakar petai. kalau saya, okey tu kurang petai. nak ada rasa2 pun okey dah. tapi sebab kita bayar, jadi sikit tak puas hati bila kuantiti tak seperti yang kita expect.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. nyummmm menggoda sungguh menu masakannya ^_^

    ReplyDelete
  4. Baru singgah makan Ana Ikan Bakar Petai. Perapan sedap tapi betul la, petai kurang sikit. Tapi still sedap.

    ReplyDelete
  5. lapar pulak tengok gambar makanan ni. hehe

    ReplyDelete