Kek Didi and Friends permintaan Abang Thaqif

Assalamualaikum. Kembali berkongsi cerita mengenai kehidupan dengan anak-anak pula. Kali ini karenah si Abang Thaqif. Anak sulung biasalah lebih manja dari adik. Ada je permintaan dia kat mama. Kalau di nursery ada majlis sambutan hari jadi, balik rumah nanti siaplah, dia akan minta kek.


Kek Didi and Friends permintaan Abang Thaqif | Beli kek bukan sebab ada sambutan hari jadi pun. Permintaan Thaqif nak ada kek didi dan juga lilin. Dedi pun keluarlah beli kek. Bukan apa saja nak bagi makan. 


Seronok kemain bila kek siap ada lilin. Nak mama dia nyanyi lagu happy birthday dan tiup sekali. Tak pelah Thaqif mama layan je sebab anak mama kecil lagi. Semua untuk keseronokkan dorang. 





Tertunailah permintaan Thaqif untuk tiup lilin dan makan kek didi. Huwainaa tumpang sekaki. Yang makan banyak pun Huwainaa, Thaqif nie minta je pandai, tukang makan Huwainaa dan mama. Mana la mama tak gemuk. 

Birthday Mama dan Huwainaa dah tak lama lagi. Masih memikir nak sambut ke tak.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. bln 12 ni besday anak2 buah..bleh bg kek didi utk diorg ni..nampak sedap kek warna warni ceria je tengok :)

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa kek abg thaqif.. :-)

    ReplyDelete
  3. Thaqif macam anak fiza si Nur Ain. Bukan harijadi dia pun boleh pulak mintak kek. Yang makannya si kakak.

    ReplyDelete