MR. TOY syurga mainan buat kanak-kanak

Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama nak bawa anak ke sini, tapi memikirkan bila masuk sini pastikan anak-anak tidak kecewa bila keluar. Mental pun kene ready supaya anak tidak mengamuk jika mainan yang mereka nak melebihi bajet. Jadinya, apabila persediaan mental, fizikal dan bajet telah mencukupi barulah dengan bangganya cakap kat anak-anak, "mama ada tempat best nak bawa Abg Thaqif dan Huwainaa".. dedi pun angguk.


MR. TOY syurga mainan buat kanak-kanak | Pembukaan dia dah lama sebenarnya di Tesco Rawang. Tapi macam yang Fiza tuliskan awal-awal tadi, seboleh-bolehnya memang tak lalu depan kedai nie kalau ke sana. Jadi ini adalah kunjungan kali pertama kami sekeluarga ke Mr. Toy.

Bila masuk secara automatik mulut anak-anak akan cakap wow. Abg Thaqif pun macam tu. Huwainaa jadi tak keruan. Walaupun umur dia belum 2 tahun tapi bijaknya dah setanding abg dia. Berebut mainan pun tak nak kalah.

Kaunter pembayaran
Susunan barang mainan yang teratur dan kemas
Pelbagai pilihan mainan indoor dan outdoor
Sampai tak tahu nak pilih mana satu 

Satu tak cukup, tangan pun penuh

Belek-belek dulu mana berkenan
Huwainaa sudah jumpa mainan
Muka puas hati, mujur masih dalam bajet mama dedi
Abg Thaqif pilih koleksi kereta
Sampai rumah terus main
Tinjauan harga yang Fiza lihat tidaklah mahal mana dan bergantung kepada permainan juga. Kalau setakat mainan masak-masak, kereta kecil-kecil harganya masih berpatutan. Tapi memang datang ke Mr.Toy buat anak tidak keruan memilih mainan. Mainan pula makin canggih dan menarik tak sama zaman kita budak-budak dahulu. 

Lepas ini boleh lagi ke sini untuk mencari mainan anak-anak. 

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Ini kalau bawa Amani dan Imani mahu bertapa lama nie.. Rambang mata memilih mainan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. bawak bebudak ke sini, dorang yang rambang mata. haha. mana nak paw mama & dedi ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Ada 1 kedai mainan dalam mall dekat rumah ni. Pun seram nak bawak anak buah lalu depan kedai ni 😂

    ReplyDelete