Malaysian Babywearers - International Babywearing Week 2019

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza berpeluang untuk hadir dan memberi sokongan buat Malaysian Babywearers di International Babywearing Week 2019 yang berlangsung di Level G, The School, Jaya One, Petaling Jaya. 

Hendak menggunakan babywearing perlu ada ilmu dan paling penting ia mendatangkan keselesaan pada bayi. Bila Fiza datang sini, tengok mak gendong baby, memang nampak selesa betul bayi mereka. Boleh tidur lena walaupun keadaan memang riuh rendah. Ini kerana bila bayi digendong, bayi tersebut merasa dekat dengan ibu dan selamat. Sweetnya sangat.


Malaysian Babywearers - International Babywearing Week 2019 | Oleh sebab itu, Persatuan Penggendong Bayi Malaysia (Malaysian Babywearers Official) telah menganjurkan satu acara untuk meraikan tradisi mengendong bayi ini. 

Sejak tahun 2008, Malaysian Babywearers (MBW) telah meraikan International Babywearing Week (IBW) dan baru hari ini Fiza berpeluang untuk tahu lebih lanjut mengenai gendong anak yang masih kecil. Majlis yang berlangsung pada 2 November 2019 (Sabtu) bermula 10:00 pagi sehingga 5:00 petang.



Memandangkan Fiza hadir untuk sesi petang, Fiza ringkaskan dahulu acara yang telah berlangsung pada waktu pagi. Bermula dengan Talk mengenai Nursing in Carrier Tips and Trick oleh Babywearing Consultants Elvinna Shah. Diikuti dengan Talk bertajuk Choose the right Car Seat for your Kid. 

Sesi seterusnya Talk mengenai Lets Have a calm and comfortable Birth yang mana ia dikendalikan oleh Nadine Ghows dan seterusnya acara DIY-Soap Making Demo oleh Puan Zarah Al' Khadri. Ini ringkasan pada waktu pagi.

Pn. Noor Fazilah | Breastfeeding - Mental Preparation for Mommy and Daddy
Untuk ccara di sebelah petang yang mana Fiza telah berada di sana. Fiza berpeluang untuk mendengar Talk yang dikendalikan oleh Pn. Noor Fazilah iaitu selaku Lactation Councelor bertajuk Breastfeeding - Mental Preparation for Mommy and Daddy. 

Tajuk yang sangat menarik dimana Pn. Fazilah memberi pelbagai tips dan cara untuk ibu supaya dapat menyusukan anak dengan susu ibu sehingga umur 2 tahun. Sokongan para bapa memang sangat penting bagi menjayakan penyusuan ibu. (ibusyurga)


Selfie bersama Pn. Noor Fazilah Lactation Councelor
Mengikut pengalaman Fiza sekarang, hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi Huwainaa akan mencecah umur 2 tahun. Perjalanan sebagai seorang ibu memang wajar dinikmati. Sejak dari mengandung, melahirkan, penyusuan sehinggalah sekarang. Fiza juga merupakan ibu bekerja yang hampir berjaya memberi BF kepada Huwainaa. Moments sebegini memang akan menjadi kenangan terindah buat Fiza selepas ini.

Talk seterusnya dikendalikan oleh Puan Hani dan Dr Aimi berkenaan Natural Remedies for Health and Beauty. Masing-masing berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai keibubapa. Dr. Aimi turut menegaskan bahawa ilmu dan pengetahuan mengenai Breastfeeding sangat penting sebelum menjadi ibu bapa tetapi ia berbeza apabila proses hendak memberikan BF. 

Oleh sebab itu, teori dan praktis perlu diimbangkan bukan hanya sekadar membaca dan kemudiannya gagal untuk melaksanakan. Ibu-ibu perlu mendapatkan juga sokongan, konsultasi atau support group bagi memastikan semuanya berjaya.

Puan Hani dari Tusuk Jari
Dr Aimi menyampaikan Talk Natural Remedies for Health and Beauty
Sesi Talk terakhir bertajuk Mom Dad I need you now. Pn. Nurul Sheriena Musa merupakan seorang Occupational Therapist atau Terapi Cara Kerja di Nuha Kids Care Holistic Theraphy. Antara perkara yang ditekankan adalah mengenai kadar Autism di kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat. Dan kajian menunjukkan jumlah ini akan terus meningkat menjelang tahun 2026.

Occupational Therapist - Pn. Nurul Sheriena Musa

Menurut Pn. Sheriena "Perkembangan anak even before anak itu dah ada dalam rahim. Dalam perkembangan anak ada 3 faktor utama yang mempengaruhi perkembangan anak. Pertama Internal Process, kedua The Brain Body Process dan ketiga The External Environment".

"Contoh seorang isteri yang sedang mengamuk, stress, kerja, suami tak layan ini semua akan mempengaruhi emosi anak dalam rahim yang sudah mula mempunyai perkembangan refleks. Betapa pentingnya ibu-ibu menjaga emosi supaya tidak mempengaruhi perkembangan anak di dalam rahim".

Contoh barang dan alat-alat yang merangsang deria sentuhan anak

Terima kasih The Asian Parent atas peluang yang diberikan
Spin and Win dapat lampin pakai buang jenama The Manja Co.
Selain daripada itu terdapat jual aktiviti bonding ibu dan anak seperti Sponsor Showcase dan Babywearing Dance pada sebelah pagi. Manakala sebelah petang terdapat aktiviti seperti Babywearing Queen 2019 dan Grand Lucky Draw.

Turut terdapat pelbagai booth jualan tempatan yang menjual pelbagai barangan ibu dan bayi. Rata-rata yang membuat jualan di sini adalah kaum wanita. Memang kagum melihat kegigihan dan usaha mereka dalam mempromosikan produk dan barangan jualan masing-masing.





Fiza juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di sini. Pengunjung yang hadir akan diberikan kupon cabutan bertuah. Sekiranya pengunjung membeli barangan yang dijual di booth-booth mencecah RM 150, akan melayakkan pengunjung untuk mendapat 1 kupon cabutan bertuah. Fiza sempat mendapatkan lagi 1 kupon dengan membeli produk Narinar bernilai RM 189.

2 kupon cabutan bertuah di tangan
Hadiah cabutan bertuah dan Grand prize
Goodies bag dan barangan yang Fiza bawa pulang pada hari itu
Terima kasih buat The Asian Parent kerana memberi peluang untuk Fiza sama-sama hadir dan memeriahkan majlis. Acara seumpama ini memang sangat bagus. Ini adalah pengalaman pertama kali Fiza didedahkan dengan info mengenai mengendong bayi. Terasa rugi pula tak buat pada Huwainaa dulu sebab Fiza lebih prefer menggunakan stroller kerana kedua-dua anak Fiza tidak selesa dengan babywearing yang Fiza guna. Salah sendiri kan sebab memang tiada ilmu dan pendedahan mengenai Babywearing.

Banyak juga barang yang Fiza bawa pulang walaupun tidak ada tuah untuk memenangi cabutan bertuah.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Banyak info kita blh dapat bila join program2 mcm ni.. Bkn utk ibu je.. Utk gadis2 pun ok jgk sertai kan

    ReplyDelete
  2. seronoknye dpt pegi event ni.. dulu rs nk pakai yg kain tu..tp tak reti pulak nk lilit.. hehe

    ReplyDelete