Find us on Facebook

Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag buat ibu tampil hipster dan bergaya

Assalamualaikum. Simple Dimple merupakan jenama diaper bag yang terkenal. Fiza juga mempunyai satu beg galas jenama yang sama dan masih digunakan hampir 4 tahun. Ketahanan dan kelasakkan memang tiada bandingan sehingga mereka mendapat anugerah Mothers Choice 2019 Malaysia ketegori Best Diaper Bag SIMPLE DIMPLE. Untuk kali ini, Simple Dimple telah mengeluarkan satu lagi beg iaitu Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag.


Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag buat ibu tampil hipster dan bergaya | Beg lampin ini didatangkan dengan ruangan bag yang sangat besar dan luas. Ia sangat menepati ciri-ciri diapers bag. Ruang compartment yang besar dan banyak membantu memudahkan Fiza untuk menyusun dan mengatur barangan anak seperti lampin pakai buang, botol susu, bekas isian susu, baju dan permainan anak. 


Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag didatangkan dengan ciri-ciri antaranya ialah terdapatnya stroller strap, poket yang besar, detachable stroller strap, durable contruction, smooth and durable zipper, adjustable strap dan large compartments. Dalam beg juga disertakan dengan changing mat. 




Ia boleh membawa dalam 3 cara atau gaya: backpack, tote and hand-carry style. Ia juga ringan, tahan air dan pelbagai fungsi. Saiz: 37L x 12W x 40H cm




Barangan peribadi Fiza sendiri seperti smartphone, makeup dan dompet pun boleh dibawa sekali tanpa perlu beg tambahan. Poket tepi dan poket berzip memang senang nak letak kunci kereta dan smartphone.

Gaya Tote

Gaya Hand Carry

Gaya backpack

Design Streetwear diapers bag juga sangat menarik dan Fiza sangat suka dengan corak celoreng askar. Ia memang menepati keperluan Fiza untuk tampil bergaya walaupun ianya hanya diaper bag. Bolehlah dibawa ke mana saja. Tak kiralah semasa menghadiri kenduri kendara di rumah saudara mara. Mahupun semasa melancong di dalam dan luar negara. Kehadiran beg ini disisi pastinya sangat memudahkan ibu moden & bekerjaya yang gemar mengembara.

"The bag for hipster parents to enhance their lifestyle in the urban city"


Wassalam.

Post a Comment

0 Comments