Signature Yemeni Cuisine @ Marhaba Restaurant Publika

Assalamualaikum. Pejam celik dah hari Khamis, pengalaman menikmati makanan ala arab yaman di Marhaba Restaurant masih tidak dapat dilupakan. Jadi jom baca juadah yang kami sekeluarga nikmati sepanjang berada di sini. 




Signature Yemeni Cuisine @ Marhaba Restaurant Publika | Terletak di Publika Shopping Gallery, Fiza dan sekeluarga telah ke sana untuk menikmati nasi arab mandi bagi suami yang mengidam teruk. Buka sebab mengandung yer, sebabnya suami memang suka nasi arab. Jadinya kami ke sana buat pertama kali.

Restoran ini sangat eksklusif dan nampak kurang sesuai untuk bawa anak-anak kerana suasananya yang tenang. Bila anak-anak kami buat bising, pengunjung di sini melihat kami seperti kami pesalah besar. Mereka pula kelihatan seperti mereka yang selalu ke sini dan wajah pun kelihatan macam mamak plus arab. Gitulah. 




Untuk tidak mahu menggangu ketenteraman pengunjung di sini, kami ambil meja di luar. Lebih selesa dengan anak-anak. Dorang boleh bermain tanpa risau. Kami membuat pesanan setelah diberikan menu. Harganya juga boleh tahan mahal. Tetapi memang standard kalau nasi mandi, ada pula kambing, tunggu jelah harganya. 


Lamb Mandi RM 45 


Chicken Mazbi RM 33 


Mulauwah (M) RM 7 


Saltah Fahsah Lamb RM 40 


Lemon mint, Pineapple Lassi dan Choco milkshake 


Betapa besarnya Mulauwah 


Hidangan untuk dimakan dengan nasi 


Sup 


Kaunter pembayaran 





Bahagian makanan yang disediakan memang banyak dan satu pinggan nasi sebenarnya boleh dikongsi dua orang. Tengoklah roti Mulauwah, besar dia memang boleh 5 orang makan. Bayaran yang perlu kami bayar adalah RM 204.60 termasuk caj perkhidmatan. 



Makanan memang sedap setanding harga. Kalau sekali sekala hendak makan di sini memang tidak salah, tapi kalau selalu sengkek mak dibuatnya. 

Wassalam.

Post a comment

0 Comments