Buih Pembersih Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Assalamualaikum. Semakin banyak produk kecantikan dari negara Korea yang berada di Malaysia. Salah satu jenama produk yang Fiza suka untuk gunakan adalah jenama Hansaegee Nature. Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan semua produk dibuat di Korea. 


Buih Pembersih Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature | Produk keluaran Hansaegee Nature terdiri daripada skin care, facial mask dan juga eye care. Salah satu produk kecantikkan yang Fiza gunakan adalah penjagaan kulit wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser didatangkan dalam bentuk cecair 150ml dalam botol, tetapi sebaik sahaja kita mengepamnya, ia dipam keluar sebagai gelembung buih lembut di tapak tangan. 

Buih Pembersih Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature membantu:

­čŹâmembersihkan liang kulit
­čŹâmelembabkan kulit
­čŹâmengawal minyak
­čŹâmerawat masalah jerawat
­čŹâmengeluarkan lebihan / tambahan sebum dan minyak pada kulit

Ia juga tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kerana teksturnya yang ringan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah Oily skin / Dry skin / Combination skin.

Bentuk cecair 150ml
Cara Penggunaan 
  1. Pum dan ambil jumlah buih busa yang betul atas tangan yang basah.
  2. Urut buih perlahan-lahan di atas muka dengan membuat gerakan membulat.
  3. Basuh muka dengan air suam.
Buih ringan yang keluar apabila dipam
Hanya perlu pam dan buih pembersih terus keluar
Urutkan pada muka dalam gerakan membulat
Boleh terus disapu pada muka tanpa perlukan air 
Aloe AC Clean Bubble Cleanser is 100% Originally made in Korea. Ia terdiri daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi termasuklah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil yang sangat baik untuk kulit. Ia juga bebas paraben, bebas sulfate dan juga bebas alcohol.


Lepas mencuci muka, kulit akan rasa lembut, licin, tidak kering dan rasa tegang sebab terasa sangat bersih. 

Selain itu, bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, pencuci jenis buih ini sangat membantu kerana buih-biuh akan cepat masuk dan membersihkan liang-liang pori kulit serta memberikan kelembapan kulit. 

Untuk pembelian, hanya boleh didapati di Hansaegee Nature online Store (www.hansaegee.com/shop).

Untuk maklumat lanjut boleh layari maklumat di bawah :

Online Shop: http://www.hansaegee.com/shop/
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Blog : https://hansaegeenature.blog/
Twitter : https://twitter.com/hansaegee
Facebook page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Post a comment

2 Comments