Hadiah Cabutan Bertuah Dinner RHB Kawal 2018

Assalamualaikum. Hadiah yang suami dapat ini hampir sebulan sudah. Bulan lepas pada 9 Disember 2018, tempat suami bekerja telah menganjurkan Majlis Makan Malam RHB Kawal. 


Setiap majlis besar macam ini mesti ada cabutan bertuah. Tahun ini suami bernasib agak baik juga bila mendapat pembakar roti Pensonic. Seronoknya bila sudah ada 3 pembakar roti dalam rumah. Syukur kerana masih ada tuah untuk mendapat hadiah cabutan bertuah.

Bebudak dua orang nie nak interframe

Pembakar roti

Fiza dan suami meneka jag air. Bila buka wrapping tengok-tengok pembakar roti. Boleh la buat koleksi pembakar roti lepas nie. Bercerita pasal cabutan bertuah, pernah sekali suami dapat telefon pintar iaitu pada tahun 2016. Baca sini. Kira bertuah betul waktu itu. Apa-apa pun tetap bersyukur daripada balik tangan kosong. 

Wassalam. 

Post a comment

6 Comments