Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen

Assalamualaikum. Pagi ini Fiza hendak berkongsi pengalaman merasai salah satu mee segera keluaran Samyang iaitu Cheese Hot Chicken Flavor Ramen. Sebelum ini Fiza pernah merasa ramen yang bungkusan hitam. Boleh baca sini. Puas makan yang bungkusan hitam, apa kata tukar yang bungkusan kuning pula.

Cheese Hot Chicken Flavor Ramen
Pertama kali terfikir sebelum hendak makan, muak ke kalau mee segera letak cheese. Kalau tak cuba kita tak tahu kan. Cara masak sama seperti masak mee goreng segera. Rebus mee dahulu sehingga lembut dan toskan.

Pedas jugak ke?

Ada 5 bungkus 

Perencah pedas dan cheese untuk ditaburkan

Siap untuk dimakan
Rasanya memang pedas. Kalau tidak tahan pedas eloklah letak sedikit sahaja perencah dia. Kalau tidak memang tak tertelanlah jawabnya sebab Fiza pun tak tahan pedas. Pendapat Fiza mee cheese ini lebih sedap daripada yang Hot Chicken Flavor Ramen bungkusan hitam. Tak tahu kalau korang yang pernah rasa berpendapat macam mana.

Mana nak dapat? Senang je sekarang ini nak dapatkan mee samyang, online ada, pasaraya besar mesti jual mee ini.

Selamat mencuba. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Tak pernah cuba sebab katanya pedas kan.. sha pula jenis tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi makan ramen ni. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete