Meraikan Birthday Girl bulan Disember di Texas Chicken Sg. Buloh

Assalamualaikum. Cerita tahun lepas baru nak update hari ini. Dengar macam dah lama sangat pula kan. Bulan lepas kan bulan Disember, maknanya cerita tahun lepas la kan.

Bulan Disember 2018, Fiza dan seorang lagi member di pejabat berkongsi bulan lahir yang sama tapi tahun lahir yang lain.  Untuk meraikan birthday girl, kami memilih untuk makan di Texas Chicken Sg. Buloh. 

Yang diraikan Noranita (berkemeja biru)

Makan sambil bersembang dan gelak ketawa sampai tak kering gusi. Macam-macam cerita keluar bila berkumpul macam ini. Di pejabat mana boleh bergosip sangat. Jadi kami pilih untuk bergosip di luar. Kami memilih Texas Chicken Sg. Buloh untuk sambut birthday. Kebetulan ada menu baru di Texas Chicken iaitu Honey-Glazed Chipotle Chicken memang sedap sangat. 

Menu baru Honey-Glazed Chipotle Chicken

Habis bergosip di luar kami pulang ke pejabat. Lepas waktu pejabat kami pun bergambar dengan birthday Girl pula bersama hadiah yang Ita dapat.

Pemberian daripada Hanis

Pemberian daripada Fiza

Ita, Hanis dan Fiza

Mereka semua kawan baik Fiza 

Birthday Girl

Buat Ita, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan gembira selalu. Semoga persahabatan kita semua berkekalan selamanya. Amin.

Wassalam.



Post a comment

4 Comments

  1. terbaek.. untung la bday girl ada kwn2 camni :)a

    ReplyDelete
  2. Happy Bday buat yang diraikan :)

    Join sini boleh? https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
  3. Wah.. happy celebration.. semoga ukhawah berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  4. Texas Chicken pun dah ada menu baru? Interesting.

    ReplyDelete