Resepi Lempeng mudah dan lembut

Assalamualaikum. Mari-mari dapatkan resepi lempeng yang mudah, cepat, lembut dan gebu. Resepi ada di bawah ini. 


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Marjerin

Cara-cara

1. Ayak tepung. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan air.

2. Kacau sehingga sebati dan agak likat.

3. Masukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa.

4. Panaskan kuali, elok gunakan non stick pan. Tuang adunan dan bulatkan senipis dan setebal yang dikehendaki.

5. Letakkan sedikit marjerin. 

6. Terbalikkan dan angkat.

Adunan yang siap untuk dijadikan lempeng

Tuang adunan dan bulatkan

Terbalikkan untuk pastikan bahagian bawah turut masak

Sedia untuk dihidang

Lempeng memang sedap untuk sarapan pagi atau petang. Kalau Fiza, lempeng tambah sedap waktu pagi cicah dengan susu cair kalau petang makan dengan sambal ikan bilis. Setuju tak? Selamat mencuba.

Post a comment

3 Comments