Find us on Facebook

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour / 3 rasa

Assalamualaikum. Fiza hendak kongsikan resepi berasaskan ikan iaitu masakan Ikan Bawal Sweet Sour. Bahan utama bukan sahaja ikan bawal, ikan-ikan lain yang dirasakan bersesuaian atau gunakan ayam atau daging juga tidak salah.
Ikan Bawal Sweet Sour

Bahan-bahan:
  • Ikan bawal (kunyitkan)
  • Bawang besar (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Cili kisar 
  • Tomato (potong dadu)
  • Lada Capsicum (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Nenas (potong dadu - jika ada)
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos Tiram
  • Daun limau purut
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Daun bawang (hiasan)
Cara-caranya:
  1. Goreng ikan bawal sehingga garing.
  2. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar dan daun limau purut.
  3. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tumis sehingga masak.
  4. Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
  5. Taburkan garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng. Taburkan daun bawang.
  7. Siap untuk dihidang.
Hirisan daun bawang. Tomato, lada Capsicum, timun dipotong dadu

Ikan bawal goreng garing

Biar kuah menggelegak. 
Sedia untuk masukkan bahan-bahan yang telah didadukan.

Ikan sweet sour dengan taburan daun bawang.

Bagi yang meminati rasa pedas, korang boleh masukkan cili hijau dan cili merah. Memandangkan Fiza berikan Thaqif makan, Fiza elakkan ia daripada berasa pedas. Selamat mencuba. Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. sedapnya..nak buat yng ni jugak la tengahari ni..buntu dah ni..tak tahu nak masak apa..

    ReplyDelete