Find us on Facebook

Kekejangan kaki sewaktu hamil

Assalamualaikum.. selamat pagi semua.. pagi nie Fiza tak berapa sihat dan terpaksa mengambil cuti sakit memandangkan Fiza mengalami kekejangan kaki sejak semalam.. Ingatkan bangun pagi hari nie boleh boleh elok, rupenye makin berdenyut2 di bahagian lutut sebelah kanan..
Semalam terpaksa Fiza sembahyang secara duduk sehingga subuh tadi pun.. kaki Fiza tak boleh nak lipat.. memang sakit.. lumur minyak panas jer..
Pagi nie menggoogle mengenai kekejangan kaki yang selalunya akan dialami oleh wanita hamil pada waktu malam.. memang tak dinafikan, sekarang nie Fiza dah alami kekejangan pada waktu malam, cuma kali nie berlainan sedikit.. mungkin dugaan buat Fiza.. Ini sedikit info mengenai kekejangan kaki yang Fiza ingin kongsikan..
google image
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.
Harap sakit kaki Fiza nie tak berpanjangan.. memang susah nak bergerak banyak dan kene banyak bersabar.. apa-apa pun ini adalah pengalaman buat Fiza.. Doakan Fiza cepat sembuh ye.. 
Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. harap fiza cepat sembuh dan sentiasa sihat :)

    ReplyDelete
  2. Masa hamil anak kedua kerap sangat jadi..memang sakit la..sampai nangis2..hehhe

    ReplyDelete
  3. sabar ye ... semoga cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  4. Harap kak Fiza cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  5. Moga Fiza sihat yer... Insha Allah...

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan fiza...banyakkan bersabar yer fiza...

    ReplyDelete