Find us on Facebook

Tiada pengalaman mengambil result SPM

Assalamualaikum. Hari ini adalah hari bersejarah buat adik-adik yang telah mengambil peperiksaan SPM tahun 2018. Tahniah kepada adik-adik tidak kiralah keputusan cemerlang atau tidak sebab mereka semua telah buat yang terbaik. Cemerlang hari ini tidak menjamin cemerlang di kemudian hari dan gagal hari ini bukan gagal selamanya. Detik untuk berjaya di kemudian hari bermula dari sekarang.

Google Image

Panjang Fiza mukaddimah hari ini. Mulanya hendak post cerita vacation 2 minggu lepas, tapi gambar masih diedit lagi. Tunda dululah update pasal itu.

Berbalik pada tajuk, Fiza sebenarnya bukan tidak mengambil peperiksaan SPM, tetapi semasa keputusan SPM keluar, abah yang wakilkan untuk ambil keputusan tersebut.  Boleh je nak ambil lepas itu tapi rasa tak sabar jugak nak tahu keputusan. Maka, wakilkan abah sahaja. Kemana Fiza pergi waktu itu? 

Fiza sedang menjalani Latihan Khidmat Sosial selama 2 minggu di Bangi. Latihan tersebut diberikan buat lepasan SPM yang berminat. Daripada duduk sahaja kat rumah, baik Fiza sertai aktiviti macam itu. 

Bukan result Fiza yer
Google Image

Waktu latihan tersebut memang masing-masing isytiharkan result masing-masing. Ada yang sangat cemerlang, semua A, ada yang senyap, faham-faham jela. Fiza pun telefon mak nak tahu jugak result. Alhamdulillah. Walaupun tak semua A tapi kredit semuanya. Sebab paling risau Matematik Tambahan dan Sejarah.

Tak sampai sebulan, Fiza terima panggilan daripada Kolej Matrikulasi Kedah. Siapa yang tidak gembira. Idaman hati nak melanjutkan pelajaran di matrikulasi. Ada juga mohon Asasi Sains Universiti Malaya tetapi rezeki bertapak untuk berada di Kedah. Tidak kisahlah janji dapat sambung belajar. 

Begitulah kisah SPM Fiza. Tidak dapat merasa berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu sewaktu ambil keputusan SPM. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Owh.. Latihan Khidmat Sosial tu latihan macam mana Fiza.. tertarik pula Sha..

    ReplyDelete