Lavender Ice Cream tarikan buat pengunjung di Cameron Lavender Garden, Cameron Highlands

Assalamualaikum. Walaupun telah beberapa kali ke Cameron Highlands, perasaan jemu itu seolah-olah tiada. Sebabnya setiap kali ke sini pasti ada tarikan baru yang diperkenalkan kepada pengunjung untuk ke sini lagi. Lawatan ke Cameron Lavender Garden seingat Fiza pada tahun 2013 dan 2015. 

Cameron Lavender
Lavender Ice Cream tarikan terbaharu di Cameron Lavender, Cameron Highlands | Pengunjung yang hendak ke Cameron Highlands jangan lupa untuk singgah ke Cameron Lavender. Kalau berpeluang baik, dapatlah kita melihat bunga lavender yang mengungu. Serius memang cantik dan keadaan dalam taman juga terbau wangi lavender.

Tarikan untuk pengunjung bergambar
Kami bergambar, Huwainaa masih tidur
Minta jadi model mama pun susah


Hai, Huwainaa sudah bangun dari tidur


Antara tarikan di sini adalah pengunjung berpeluang untuk makan Lavender Ice Cream. Ini adalah pengalaman pertama Fiza dan sebelum ini Fiza pun tidak perasan sama ada wujud atau tidak ais krim lavender.

Satu kon ais krim berharga RM 6.00. Beli satu untuk rasa dan teringin sangat hendak menggambarkan ais krim tersebut dengan berlatar belakangkan ladang lavender. 


Gerai Aiskrim

Tengok pun rasa seperti nak rasa lagi
Rasa ais krim lavender memang sedap dan tak sama macam ais krim lain. Paling istimewa ais krim ini bau wangi. Bila suap dalam mulut memang bau wanginya. Memang best lah.

Thaqif memang suka sangat ais krim, habis dia pulun sorang
Waktu ini kami merayap berdua, sebab Dedi tengah jaga Huwainaa tidur
Pondok dengan anak patung di dalamnya sebagai tempat untuk bergambar
Mama dukung anak patung tidur
Love Lock
Hihi.. Dedi berselfie
Kedai Cenderamata
Huwainaa mamai lagi, cuaca sejuk nak tidur je
Seronok berada di sini. Memang tenang dan mendamaikan disebabkan bunga lavender memang memberikan ketenangan dan kedamaian. Paling best kunjungan kami ke sini adalah pada hari Jumaat dan kami singgah pada jam 6 petang. Cameron Lavender tutup jam 7 petang. Maka waktu itu pengunjung telah beransur pulang.

Senang kami hendak bergambar kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Kalau korang pun tak nak bersesak dengan pengunjung, boleh buat macam kami.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. menarik.. blm sampai lagi kat sana. Insyaallah ada rezeki nak bawa anak isteri ke sana.. :)

    ReplyDelete
  2. memang tak jemu pergi sana. sejuk n cool.. walaupun katanya da x sejuk sngt tapi okla dari low land kan.. cuma kalo da pegi banyak kali ada tempat2 yang x pegi dah. tengok eskrim tu macam makin kicik.. dulu besar.

    ReplyDelete