Sunsilk Hijab Vitamin Hair Mist 2-in-1 semburan rambut khas buat wanita bertudung

Assalamualaikum. Sunsilk telah mengeluarkan wangian semburan terbaharu untuk rambut iaitu Sunsilk Hijab Vitamin Hair Mist 2-in-1. Rambut pun sudah ada wangian tersendiri. Bukan badan sahaja nak wangi yer, rambut pun perlu wangi tambahan pula kalau kita jenis bertudung kadang-kadang lebih 8 jam.

Sunsilk Hijab Vitamin Hair Mist 2-in-1

Sunsilk Hijab Vitamin Hair Mist 2-in-1 semburan rambut khas buat wanita bertudung | Sekarang kalau balik kerja, buka tudung pun rambut masih bau wangi dan segar walaupun 8 jam bertudung. Sebabnya adanya Sunsilk Hijab Hair Vitamin Mist 2 in 1. 

Ia adalah perapian ringan untuk kesegaran sepanjang hari dengan haruman tahan lama sehingga 48 jam. Bau memang wangi dan lembut.

Vitamin Hair Mist
Semburan lembut pada rambut

Cara penggunaannya mudah. Lepas cuci rambut, boleh terus semburkan pada rambut, nak tunggu rambut kering pun boleh, rambut basah pun boleh. 

Cara penggunaan di botol
Suburkan rambut dan menjadikan rambut lebih kuat dan bermaya.
Semburan vitamin rambut khas untuk wanita bertudung boleh didapati dalam dua varian: Sunsilk Hijab Recharge Hair Vitamin Mist 2 in 1 Refresh (hijau) untuk suburkan rambut dan Sunsilk Hijab Recharge Hair Vitamin Mist 2 in 1 Volume (merah jambu) menjadikan rambut lebih kuat dan bermaya.

Haruman kekal 48 jam tau
Sunsilk Hijab Recharge Hair Vitamin Mist 2 in 1 Refresh (hijau) dihasilkan dengan ekstrak buah tin dan limau nipis. Fungsinya untuk menyuburkan rambut agar tampil lebih sihat dan lembut menawan.

Sunsilk Hijab Recharge Hair Vitamin Mist 2 in 1 Volume (merah jambu) pula dihasilkan dengan strawberi dan daun pudina supaya rambut lebih kuat dan memberikan lebih alunan untuk menyerlahkan rambut nipis dan kurang bermaya. 

*dengan penggunaan bersama syampu Sunsilk Hijab Recharge

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Sunsilk Hijab Recharge, korang boleh lawati laman sesawang https://www.sunsilk.com.my


Post a comment

1 Comments