Find us on Facebook

Mee segera Siam perisa Tomyum Shrimp Flavour

Assalamualaikum. Mee segera Siam yang sering digunakan untuk buat kerabu megi, Thai Tomyum Shrimp Flavour. Tapi Fiza suka makan bukan disebabkan kerabu, tetapi mee segera ini memang sedap kalau dimasak dengan bahan mentah yang lengkap seperti sotong, udang dan ditambah tomato. Memang rasa sangat tomyum dia.

Beli sekotak terus
30 paket mee segera
Sedap untuk masak dan dibuat kerabu
 
Asal balik kelantan mesti hendak borong mee segera ini. Kali ini beli terus sekotak sementara nak beli lagi bila balik kampung. Beli banyak-banyak macam ini bukan makan setiap hari. Kami akan makan bila terasa tidak mahu makan nasi. 30 paket ini boleh bertahan 3-4 bulan. Kalau makan setiap hari memanglah tidak elok untuk kesihatan.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments