Sample percuma MOM&ME Parenting Kit daripada Nestle Start Well Stay Well

Assalamualaikum. Awal bulan lepas sampai satu parcel yang tidak dijangka. Lagi pun memang tidak ingat bila Fiza mendaftar untuk menjadi ahli Nestlé Start Well Stay Well Mom's Club.

Kotak pun comel
Jom kita buka dan tengok apa di dalamnya



Ada susu dan pelbagai barangan khas buat ibu yang sedang menunggu kelahiran
Satu pek 350g MOM & ME
 2 paket 3 in 1 Nescafe Blend & Brew
 pisau cukur Schick 
dan juga produk Buds.

Welcoming Card

Penebusan sampel MOM & ME® hanya terhad  dan dengan meminta sampel PERCUMA, secara automatik  kita menjadi ahli Nestlé Start Well Stay Well Mom's Club. Jadi tidak rugi pun kalau jadi ahli, semua maklumat terkini mengenai produk Nestle kita boleh ketahui.

Hendak dapatkan sample ini juga, mestilah untuk ibu hamil dan menyusu sahaja. Memandangkan Fiza masih menyusukan Huwainaa, jadinya tidak salah untuk mendapatkan sample ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.startwell.nestle.com.my/.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments