Pengalaman menginap di Smurf Inn Homestay, Tanah Rata, Cameron Highlands

Assalamualaikum. Bermula episod pengembaraan ke Cameron Highlands pula. Kami ke sana pada 1 Mac 2019 sempena menyambut hari lahir Thaqif yang ke-4 tahun. Kalau diikutkan setiap tahun kami ke Cameron Highlands tetapi terlepas untuk ke sana pada tahun lepas. 




Pengalaman menginap di Smurf Inn Homestay, Tanah Rata, Cameron Highlands | Tahun ini kami pergi pada awal tahun. Ia juga percutian pertama Huwainaa ke Cameron Highland. Tahun 2017 kami ke sini waktu itu Huwainaa dalam perut lagi. 

Penempahan hotel seperti biasa menggunakan khidmat Agoda yang memang tidak pernah mengecewakan.  Kami memilih untuk menginap di Smurf Inn Homestay yang terletak di Tanah Rata dan hanya 2 km untuk ke Brinchang. Hotel comel ini menjadi pilihan Fiza sebab memang sesuai untuk anak-anak kecil seperti Thaqif dan Huwainaa.


Lobi Check in kat tanda anak panah merah 


Hotel dan homestay disediakan di sini 


Kaunter Check in dan out 


Lobi di bahagian luar




Selesai Check in jam 2 petang, kami terus ke bilik dengan menaiki lif yang disediakan. Lif pula hanya bersebelahan dengan kaunter pendaftaran dan bilik kami juga dalam bangunan yang sama.


Executive Suites - 1 x super king bed 


Kemudahan lain seperti TV, telefon, almari pakaian, pengering rambut, pemanas air semuanya disediakan 

Bilik Air lengkap dengan pancuran air panas 


Peralatan bilik mandi 


Pemanas air dan pembancuh kopi 


Kemain dorang nie, cukup seronok kalau dapat tinggal hotel 


Bilik kami dengan pemandangan bukit dan padang golf 


Dekorasi Smurf Inn Homestay berkonsepkan English Style. Memang cantik dan terasa seperti berada di luar negara. Setiap tingkat ada ruang tamu yang disediakan. Ruang tamu memang cantik sangat. Apa lagi memang bergambar sajalah di sini dulu sebelum keluar jalan-jalan.

Ruang tamu tingkat 4 


Tengok siapa yang tak duduk diam tu sejak dapat kaki 


Huwainaa pegang menu makanan, lapar la tu 


Macam-macam aksi nak minta dorang nie bergambar, cukup punya susah 


Mama tahan sabar tu, minta pandang depan, ada hampir 10 shot nak dapat yang elok 


Tempahan kami juga beserta sarapan pagi yang bermula 7 pagi hingga 10.30 pagi. Pengunjung hanya perlu ke tingkat 2 untuk bersarapan pagi. Dekorasi kafeteria pun cantik sangat. Memang kalau sesiapa yang tidak pernah ke sini akan melihat sekeliling dahulu sebelum ambil makanan.

Kafeteria dengan hidangan sarapan pagi 


Makan sebelum check out 


Banyak lokasi menarik sekitar Smurf Inn Homestay untuk kita bergambar 


Merry go round untuk kanak-kanak dengan harga RM 5 sekali main, 
bayar terus boleh main 


Depan pintu gerbang masuk Smurf Inn Homestay 


Thaqif, bantal busuk tu pun masuk sekali ke? hahah 


Tq Dedi bawa kami ke sini 


Keseluruhannya kami amat berpuas hati menginap di sini. Harga untuk satu malam yang kami perlu bayar adalah RM 216.67 untuk katil super king bed berserta sarapan pagi. Lokasi penginapan juga amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah lokasi antara Brinchang dan Tanah Rata. Dekat juga untuk ke pasar malam Tanah rata. Kalau anda mengembara dalam kumpulan besar, lebih sesuai untuk tinggal di homestay saja kan (rujuk blog ibu syurga)


Untuk tempahan di Agoda, korang boleh terus ke link yang disediakan di sini atau klik sahaja gambar di bawah membuat tempahan terus ke Agoda Smurf Inn Homestay.


Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. Seronoknya Thaqif dan Huwainaa pergi bercuti ye. Lengkap la di Smurf inn ni ye. Lain kali nak check in sini la

    ReplyDelete
  2. Cantiklah kawasan dia.. Boleh singgah sini nanti..

    ReplyDelete
  3. ni antara lokasi famous kan ? ramai gak upload dok sini. skrng kat Cameron ada macam2 option tempat tinggal comey2.

    ReplyDelete