Jangan buang masa hanya dengan memikirkan keburukan orang lain

Assalamualaikum. Pernah atau tidak korang merasakan dahulunya orang yang rapat dengan kita tetiba menjauhkan diri tanpa sebab. Dulunya dia ramah, tiba-tiba menjadi pendiam.

Dapat tahu yang dia telah termakan fitnah tentang kita. Sedangkan kita tidak tahu apa yang berlaku. Kemudian beberapa orang lagi menjauhkan diri daripada kita. Dan mereka semua berkebetulan juga berkawan rapat antara satu sama lain. Dengan itu mereka bersama-sama menjauhkan diri daripada kita. 

Dan untuk beberapa lama sebelum ini menjauhkan diri daripada kita, tiba-tiba salah seorang mula menegur sapa dengan kita. Diikuti seorang demi seorang mula menegur kita. Dalam hati pun terdetik kebodohan apakah yang mereka sedang lakukan sekarang.



Fiza memang tidak dapat terima langsung sikap berpura-pura dan orang yang gemar sangat bercerita mengenai orang lain. Serius memang menyampah dan kesian betul mereka dilahirkan dengan perangai yang sebegini.

Kita semua telah dewasa. Bukan lagi kanak-kanak. Lain lah kalau kanak-kanak main tak nak kawan, lepas tu yang lain pun ikut. Itu memang tidak matang sebab kanak-kanak. Tetapi kalau sudah dewasa, masih berperangai sedemikian alangkan kesiannya.

Jangan buang masa hanya dengan memikirkan keburukan orang lain hanya kerana niat kita hendak menjatuhkan orang lain. Ingatlah tiada apa yang kita dapat melainkan dosa.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Hidup ni kita akan jumpa dengan macam-macam jenis orang. Ada yang jenis bermuka-muka. Depan lain belakang lain.. tu belum masuk bab orang kutuk mengutuk hehe. Sabar ajelah

    ReplyDelete