Smart Rattle Series mainan baru untuk Huwainaa

Assalamualaikum. Sebelum ini Fiza pernah perkenalkan Hand Wrist Bells Rattles yang mana ia dipakai di pergelangan baby. Rattles kalau bahasa melayu dipanggil mainan kerincing bayi. Rattles sebenarnya bagus untuk vision hearing exercise pada peringkat umur anak-anak masih bayi. 

Rattles dapat memberi manfaat kepada bayi antaranya adalah:
  • Membuat bayi pintar dan kuat 
  • Merangsang potensi bayi secara meluas 
  • Menemani bayi sepanjang masa

Fungsi rattle antaranya adalah:
  • Meningkatkan fleksibiliti jari
  • Meningkatkan keupayaan persepsi warna
  • Latihan keupayaan membezakan bunyi
  • Membangunkan koordinasi dan keupayaan persepsi
  • Mencetuskan inspirasi dalam imaginasi


Kita sebagai ibu bapa mesti akan membeli rattle untuk anak-anak tetapi selalunya kurang mengambil tahu manfaat di sebaliknnya. Sama macam Fiza beli sebab nak beri permainan kepada anak. Bila baca info baru tahu yang rattles banyak memberi faedah dan manfaat kepada bayi sepanjang proses mereka membesar. 


Mainan yang nampak mudah tetapi besar manfaatnya. Kalau baby Huwainaa menangis, Fiza akan berikan rattle, goncang-goncangkan mesti dia akan berhenti menangis. Kebanyakkan baby macam itu kan. 

Wassalam.

Post a comment

3 Comments