Koleksi patung Didi & Friends

Assalamualaikum. Niat nak kumpul bukan untuk disimpan. Tapi niat untuk bagi si Thaqif dan Huwainaa bermain. Pernah beli Didi sahaja, tapi rasa macam tak lengkap pula. Fiza pula yang rasa macam nak bagi ada ketiga-tiga patung itu. 

Minggu lepas, adik ipar balik Kelantan, kami pun kirim untuk belikan Plush Toy Didi & Friends kat Bukit Bunga. Patung ini bukan original tapi tetap comel dan ada rupa.

Menyengih dapat Didi, Nana, Jojo

Geram pulak tengok spec mata Jojo nie.

Didi

Jojo

Nana
Harga pun berpatutan, kualiti tak sebaik original, tapi kalau rosak tak la terkilan. Anak korang minat Didi & Friends tak? Lagu pun mesti korang hafal jugak kan. Sama la dengan Fiza. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. seronok thaqif & huwainaa.. hehe

    ReplyDelete
  2. Comelnya.. Sha pun rasa macam nak beli.. boleh bagi anak-anak main nie..

    ReplyDelete