Berkelah di Air Terjun Chamang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, bila selamat sampai ke pejabat, sarapan pun sudah. Cuma tunggu bos besar masuk pejabat. Sebelum itu sempat update blog dahulu. 

Raya Haji minggu lepas kami sekeluarga sempat pergi berkelah di Air Terjun Chamang. Bentong memang terkenal dengan air terjun Chamang dan kes-kes mati lemas memang kerap berlaku di sini. Keselamatan diri perlu diambil berat ketika kita berada dalam keseronokkan.

Kawasan berkelah yang sangat cantik dan terpelihara. Bangga koi jadi orang Bentong. Walaupun ramai yang datang, tempat tetap bersih, sampah pun dilonggokkan dalam satu tempat sahaja.

Air Terjun Chamang, tarikan pelancongan di Bentong

Thaqif dan Darwisy bermain air.

Kami ke sini cuma datang untuk menikmati durian akhir musim. Jauh cari durian sampai ke Raub. Tapi yang dijual semuanya durian yang kurang elok. Perlu dikupas dahulu. Masuk dalam bekas, lepas tu cari port di tepi sungai.

Durian IOI dan udang merah

Kami makan durian sementara dorang pergi main air.

Lepas makan, mula sesi bergambar. Di sini memang terkenal dengan tempat outdoor photo shot wedding. Kami adik beradik semua ada gambar kahwin di sini.  

Berlatarkan air terjun, tapi tak berapa nampak

Jambatan Air Terjun Chamang, untuk ke seberang tapak khemah

Adik bongsu.

Berjaya seberang jambatan. 

Sini la tempat mama dengan dedi bergambar kahwin

Percaya tak kalau Fiza katakan yang Fiza tak pernah sentuh air sungai di sini. Walaupun banyak kali sampai, memang dari zaman kanak-kanak lagi sebab Fiza takut dengan airnya yang deras. Bila tahu pula banyak kes mati lemas kat sini. memang Fiza tak kan mandi di sini. Cukuplah untuk bergambar. 

Sekian cerita di hari raya Korban tahun 2018 di Bentong, Pahang. Tahun depan kita beraya di Kelantan pula. In syaa Allah. 

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. bestnya mandi air terjun..:)

    ReplyDelete
  2. Cantik betu kawasannya.. Patutlah ramai yang buat photo shoot wedding kat sini..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kawasan air terjun tu...

    ReplyDelete