Bercuti di Kuala Terengganu : Pasar Payang dan Pantai Batu Burok

Assalamualaikum.. sambungan entry semalam, pada 29 Disember 2013, kami satu Famili bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi.. kami sampai di Pangsapuri Homestay Sri Kolam, Kuala Terengganu pada 1.30 tgh hari.. kos penginapan untuk satu malam RM 220.. betul-betul di tengah bandar dan 5 minit untuk ke Pantai Batu Burok dan Pasar Payang.. 



Selasai solat Zohor, kami terus ke Pasar Payang.. Famili mertua 1st time ke Pasar Payang dan mereka ingat pasar nie tempat jual barang-barang seperti ikan dan daging.. Sebenarnya ia adalah pasar yang macam-macam ada.. barang basar, barang kering, batik dan juga cenderahati..  Fiza ambil peluang untuk membeli kain batik pasang dan juga batik kaftan untuk mak Fiza... Mak mertua Fiza pun dapat blouse batik.. memang cantik batik terengganu.. Rambang mata dibuatnya.






En. Hubby sempat beli durian kat depan pasar payang nie.. mmg serius mahal dan Fiza tak berapa setuju.. tapi sebabkan bukan selalu, hubby pun beli.. Durian D24 memang cantik, makan seulas pun dah kenyang sebab Fiza bukan peminat durian.. >_<



Lepas makan malam kami ke Pantai Batu Burok.. teringat tahun lepas rasanya ada kuda kat sana.. boleh bawa anak buah naik.. Mujur cuaca baik dan angin mmg kuat kat pantai batu buruk.. Bila sampai je memang ada kereta kuda, apa lagi melompat la anak buah minta nak naik kereta kuda..
Dewasa dikenakan RM 5.00 dan kanak-kanak RM 3.00 untuk dua pusingan.. Fiza pun tak lepaskan peluang nak jadi cinderella.. hehe...






Kalau ke pantai timur mmg tak sah kalau tak pekena lokceng.. mmg favorite Fiza nie.. makan kat tepi pantai sambil dengan deruan ombak (ayat novel tuh..) mmg betul-betul tenang... Balik ke homestay masing-masing penat.. esok dah nak balik Kelantan tetapi  kami akan singgah ke Masjid Kristal dan pekena keropok lekor dulu sebelum pulang.

Post a comment

11 Comments

  1. Assalamualaikum fiza. bestnya jalan kat ganu. rindu nak jalan sana :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa. Tak pernah sampai sana lagi. Nampak macam menarik jeeee satay ikan tu. :D

    ReplyDelete
  3. masa cuti yang terisi..seronok jenjalan pergi bercuti

    ReplyDelete
  4. sempoi gak pangsapurinya yer..berbaloi dengan harganya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. pernah pergi ganu pun kat pulau redang je. hihi

    ReplyDelete
  6. tempatnya sangat bagus dan indah

    ReplyDelete
  7. mesti best kan? saya dah sampai juga pasar payang dan pantai batu buruk tu dulu tapi masa tu penginapan di MRSM Kuala Terengganu sebab pergi tu wakil sekolah hahaha

    ReplyDelete
  8. pasar payang tb da maghi da tp kalau dop pndai nok kecek memey kne harge mahal ajelaa..nasib pndai kecek koho2 hehehe..

    ReplyDelete
  9. wahh,, jalan kat terengganu ye,, hehe

    ReplyDelete