Find us on Facebook

Apa yang menarik kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu?

Assalamualaikum. Ikutkan ini bukan kunjungan kali pertama Fiza ke sini. Boleh kata kalau balik Kelantan mesti nak singgah cari kuih muih tradisional Kelantan kat Pasar Siti Khadijah. Kenapa nak cari kat sini, kat tempat lain tak de ke? Bukan tak de tapi kat sini segala kuih-muih yang korang tak pernah tengok, yang korang tak pernah try, semua ada. Dan yang paling penting sedap yer. 


Apa yang menarik kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu? | Datang sini bukan semata-mata nak cari kuih muih je, ada lagi sebab kenapa Fiza suka datang sini. Meh nak bagitahu korang kenapa korang perlu singgah Pasar Siti Khadijah kalau datang Kota Bharu.

Kalau kat Terengganu, dorang ada Pasar Kedai Payang yang mana korang boleh cari makanan, pakaian dan juga hasil kraftangan. Di Kelantan nie, ada Pasar Siti Khadijah. 

Nama pasar pun diberi nama oleh arwah Tuan Guru Nik Aziz kerana rata-rata peniaga di pasar ini ialah kaum wanita yang sudah menjadi tradisi sekian lama.

Bahagian rempah ratus

Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam, beras dan sebagainya.

Barangan kering, sos cili, budu, manisan dsb

Best bau rempah-rempah nie semua

Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, rempah ratus dan pelbagai barangan kering boleh didapati di sini.


Tingkat 3 ada jual pakaian, kraftangan, cenderahati dan macam-macam lagi bagi korang yang suka kumpul koleksi-koleksi kenang-kenangan.

Pakaian, kain pasang dan kain batik

Kuih Muih Tradisional Kelantan

Kalau tanya nama kuih memang Fiza tak tahulah lainlah macam akok, pulut dakap, kalau yang pelik-pelik tu beli dan makan je. Bab kuih nie memang dah tak cerewet macam dulu. Dulu itu tak makan, ini tak makan, sekarang pantang bagi mesti nak makan. 




Syok tau bila datang kat ruangan kuih traditional nie. Harga pun masih murah. Kalau boleh nak makan semua yang ada sebab kita jarang datang kan. Nak beli sikit-sikit dan rasa. Tak perlu nak tunggu bazar ramadhan, datang sini korang teruja dengan kuih muih yang ada.



Bila bungkus dengan plastik, rasa comel dan sedap je. Nak pilih pun rambang mata dibuatnya. Korang tak perlu risau akan rasa, memang semuanya sedap. 


Tapai pun masih dalam proses penapaian

Jadi kesimpulannya datang sini bukan semata-mata nak beli ayam buat masak. Sempat la juga Fiza shopping rempah ikan, rempah daging dan paling susah nak dapat kat mana-mana, rempah kerutuk. Beras siam pun boleh kat sini. Semua wajib bawa balik KL. Habis nanti datang cari sini lagi. 

Korang yang pernah datang Pasar Siti Khadijah beli apa kat sini? Share la kalau sudi dekat ruangan komen yer. 

Wassalam.  

Post a Comment

0 Comments