Seronok tengok hasil kraftangan tradisional di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Jom sambung menulis. Memandangkan banyak lagi hutang kita nie. Story pergi Ganu pun tak habis up lagi sedangkan staycation bulan November tahun lepas nie. Doakan Fiza terus konsisten untuk habiskan menulis percutian 3 hari 2 malam nie. 


Seronok tengok hasil kraftangan tradisional di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu | Hari kedua, cuaca baik dan bersyukur sangat bila dapat naik bot penambang ke Pasar Payang. Pasar Payang pun dah berubah tau. Dulu kawasan dia sempit, sekarang nie luas dan selesa. Sesak tu biasa la sebab ramai pengunjung tetapi yang pastinya lebih tersusun dan cantik. Macam berada dalam mall.

Sebelum masuk Pasar Payang, kita ronda-ronda luar dulu. Bestnya tengok peniaga berniaga. Nak beli apa, nak makan apa semua ada. Sebelum tu kita beli minum dulu. Panas naik bot penambang, anak-anak pun dahaga. 



Bila dah masuk Pasar Kedai Payang, pastikan letak bajet berbelanja siap-siap yer. Rasa mampu beli, tak mampu tengok je. Cuci mata. Kalau teringin, kumpul duit nanti datang lagi. Batik kat sini memang mahal. Fiza pernah juga beli batik sutera untuk buat baju kurung kerja dalam 10 tahun lepas. Kain memang elok sampai sekarang, harga dia memang mahal tapi berkualiti dan paling penting batik canting memang cantik.



Kami tak membeli sangat, beli baju t-shirt sedondon Terengganu dan adalah rembat mangkuk tingkat comel sebab warna pastel yang colorful. Tak jumpa lagi mangkuk tingkat macam tu kat KL. T-Shirt tu nanti kita share kat entry seterusnya. Kami pakai hari ketiga nak balik Kelantan. Memang cun, warna ceria.
Lepas tu beli selipar baru untuk Thaqif dan Huwuinaa. Budak2 nie selipar pun nak yang baru. 

Ma pula berkenan dengan tudung saji rotan. Masa nak masuk tengok ada pengunjung duk bawa tudung saji rotan tu. Kami pun cari sampai jumpa. Memang cantik, rotan keras, berat jugak. Memang banyak barang-barang kraftangan yang menarik kat sini, standby duit je. Ada boleh ler beli.



Masuk dalam sejam lebih macam tu sebab time covid ni tak boleh lama-lama sesak dalam satu tempat. Masa masuk pun Pasara Payang nie pun rasa risau sebab duk dengar orang batuk je kiri kanan. SOP tetap kami jaga, sanitizer memang standby je, pegang barang je sanitize, macam tu jugak dengan anak-anak.




Kami datang ke sini dengan bot penambang, Kereta parking di Jeti Seberang Takir. Jadi tak perlu nak sesak-sesak cari parking kat area Pasar Payang nie. Bot pun banyak, tunggu dalam 5 minit, ada la botnya. Sementara bot sampai ambil tudung saji Ma beli buat bergambar ala ala topi. 


Memang best la datang sini. Sebab itulah ini bukan kali pertama dan mungkin juga bukan kali yang terakhir kami ke sini. Kalau duduk Terengganu memang tak heran dengan Pasar Payang. Bagi kami kunjungan setahun sekali pun dah rasa seronok dan puas hati.

Okay jom check in Homestay kedua pula. Nak tahu check in kat mana, still dalam Kuala Terengganu kena la baca entry seterusnya nanti. 

Wassalam.  

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau pergi sini sbb nk beli rempah nasi dagang je hehe

    ReplyDelete
  2. Lainnya rupa Pasar Payang. Rasanya dekat 8 tahun tak sampai sini. Cantik tudung saji tu. Mak saya pun kalau nampak dia berkenan

    ReplyDelete