Find us on Facebook

Kasut Pallas memang style, kasut sekolah pilihan terbaik selesa dan ringan

Assalamualaikum. Sesi persekolahan bakal tiba, mesti ramai ibu ayah yang sedang buat persiapan persekolahan anak-anak. Fiza pun macam tu juga. Tak nak terbeban saat akhir, beli sikit-sikit dan topup mana yang penting. Sebab tahun ini Thaqif darjah 2, jadinya peralatan sekolah tahun lepas yang masih boleh digunakan, maka tak perlu beli baru. 


Kasut Pallas memang style, kasut sekolah pilihan terbaik selesa dan ringan | Cuma kasut je Fiza nak beli lagi sebab kasut nie penting untuk keselesaan anak. Beli banyak pun tak pe. Tambah-tambah kalau musim hujan. Sekolah pun 2 sesi, pagi sekolah agama, petang sekolah Kebangsaan, Fiza memang akan suruh Thaqif tukar kasut. Pilihan Fiza adalah kasut Pallas. 


Jenama terkenal sejak dulu lagi. Zaman kita pakai kasut Pallas warna putih. Nak merasa kasut Pallas hitam kena jadi pengawas sekolah. Tapi sekarang memang anak-anak dah pakai kasut hitam. Nampak lebih bergaya ke sekolah.

Kasut Pallas Thaqif yang darjah 1 tahun lepas ada 4 pasang pun still boleh guna lagi. Memang tahan lama dan tahan lasak. Buka tahun baru nie Fiza belikan kasut Pallas Jazz School Shoes Singgle Velcro Strap (205-0204) Black, yang nie lebih ringan dan style.


Nak tahu sebab apa? Ia didatangkan dengan ciri-ciri : 
  • Velcro strap design
  • Bahagian atas kasut "Easy Clean" istimewa yang mudah tanggalkan habuk
  • Special insole cushion dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki
  • Heel cushion 9mm memaksimumkan penyerapan hentakan
  • Terbukti berat superlight tambahan "X-Light"
  • Foam lining disekeliling dalam kasut

Kasut Pallas dengan "Arch Support"

Didatangkan dengan pelbagai saiz


Dengan tambahan "X-Light", terbukti ianya sangat ringan dan kalau kasut nie anak-anak korang nak bawa bersukan pun tiada masalah. 

Kemas bergaya

Selesa dipakai

Velcro strap design

Warna hitam yang style

Tapak anti licin

Pallas pilihan kasut sekolah terbaik 

Thaqif pun cakap kasut Pallas nie memang selesa dan ringan. Dalam kasut lembut je. Nak cari kasut sekolah yang macam mana lagi kan, memang Pallas la yang terbaik. Sebab itu Kasut Pallas pilihan Fiza sejak dulu lagi.

Kasut sekolah Pallas boleh didapati daripada kedai kasut dan pasaraya. Nak beli secara online di https://www.wow2wee.com/

#pallasmalaysia #archsupport #kasutsekolah #schoolshoes #gerbangkasut

Post a Comment

0 Comments