Find us on Facebook

Beli semua kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari, rebut peluang masa promosi hebat kembali ke sekolah

Assalamualaikum. Cuti sekolah dah nak habis. Jadinya macam biasa nak buka sekolah, kebanyakan parents nak kena cari baju sekolah baru untuk anak-anak. Tambahan pula kalau anak tu baru nak mulakan alam persekolahan. Memang banyaklah perbelanjaan untuk mempersiapkan anak ke sekolah. Nak cari uniform sekolah yang berkualiti dan murah, macam biasa kami akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Jom shopping kat Hari-Hari  

Beli semua kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari, rebut peluang masa promosi hebat kembali ke sekolah | Semua kelengkapan sekolah ada di sini. Boleh kata One Stop Center untuk parents cari baju sekolah anak, masuk sini boleh settle satu hari. Parents tak pening kepala, anak pun tak penat nak try baju kat banyak kedai. 

Bayangkan Fiza yang baru handle sorang anak yang bersekolah rendah. Nak suruh ukur baju pun cerewet. Bila kat Hari-Hari nie memang senang, saiz banyak, jenis material kain pun pelbagai. Pilih mana sesuai dengan anak. 

Cawangan Bandar Baru Sg. Buloh

Di sini ada Baju Sekolah Hari Hari, tudung, inner wears, seluar sukan, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi. Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada. Tak perlu nak keluar masuk kedai dan mall semata-mata nak lengkapkan seragam anak ke sekolah. 

Tengok kami shopping kelengkapan Thaqif, penuh satu bakul.  Dengan bantuan staf mereka, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah Thaqif. Sejam siap beli semua.

Uniform sekolah rendah dan menengah

Sampel pakaian untuk dicuba

Uniform jenama No Problem

Jenama pakaian sekolah terkenal di Hari-hari adalah Jony & Jeny dan No Problem. Kain dia memang cantik. Baju sekolah Thaqif darjah 1 pun masih elok dan nampak baru. Kain cotton still nampak biru walaupun dah setahun pakai. Jadi tahun nie memang setia dengan dua brand nie. 

Inner pelbagai saiz

Thaqif dapat uniform sekolah baru lagi

Uniform sekolah rendah

Uniform Sekolah Agama

Lega bila segala persiapan dan kelengkapan sekolah selesai. Mana tak nya, uniform sekolah rendah lagi, sekolah agama lagi. Bayangkan kos seorang anak bila mula bersekolah. Jadi untuk dapatkan banyak pilihan kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berpatutan. Ikut macam kami. Pergi je Hari-Hari.

Design kasut yang terkini

Stokin

Alat tulis

Rambang mata pilih beg sekolah

Botol air pun ada

Bekas pensil yang menarik

Harga berpatutan dan berbaloi berbelanja di Hari-Hari

Selesai, alhamdulillah

Lengkap persediaan Thaqif masuk darjah 2

Pusat Pakaian Hari-hari juga boleh dibeli secara atas talian (online). Pelanggan lebih mudah untuk membuat pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak tanpa perlu keluar rumah.

Misal kata pelanggan tersalah beli saiz baju anak, jangan risau kerana pelanggan masih boleh membuat penukaran saiz dalam masa 7 hari. Dengan syarat item tersebut masih mempunyai tanda harga (price tag) dan dilampirkan sekali dengan resit pembelian. Lagi satu, pembeli boleh walk-in je di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat.  

Boleh juga buat pembelian online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari

 "Marilah pergi Hari-Hari!"

Post a Comment

1 Comments

  1. Minggu depan nak mula sekolah.
    Kedai kelengkapan sekolah memang jadi tumpuanlah

    ReplyDelete