Trick Art Museum @ i-City | Lukisan 2D kelihatan 3D, port best bergambar

Assalamualaikum. Kalau korang ke i-City, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi muzium 3D yang terletak dalam i-City Theme Park. Menariknya muzium macam nie, ia lebih kepada eyes play tricks, lukisan 2D bila kita pandai untuk posing, yang ambil gambar pun pandai ambil ikut angle yang betul, maka memang jadi la gambar 3D tersebut. 


Trick Art Museum @i-City | Lukisan 2D kelihatan 3D, port best bergambar | Gambar akan nampak seolah-olah kita ‘jump into a painting’. Sebelum ini Fiza pernah ke Museum Of Illusions, Kuala Lumpur. Malangnya muzium ini telah pun ditutup pada Oktober 2020. Mungkin kurang sambutan, tapi bagi Fiza memang rugi siapa yang tak pernah masuk muzium sebegini. 

Trick Art Museum @i-City pun tidak kurang menariknya. Cuma kat sini pengunjung hanya berpeluang ambil gambar. Okay la, padan dengan harga tiket Trick Art Museum @i-City. 


 
Lukisan ilusi telah dibahagikan kepada 5 tema:
  1. Masterpieces (karya agung)
  2. Egyptian (Orang Mesir)
  3. Marine Life (Hidupan laut)
  4. Animal Kingdom (Kerajaan Haiwan)
  5. Modern Classics (Klasik Moden)
Pencahayaan yang diletakkan dengan baik meningkatkan kesan 3D. Traditional trick eye art biasanya hanya untuk tontonan dan penghayatan tetapi, di muzium ini, penyertaan pengunjung diperlukan untuk mendapatkan kesan penuh dengan bergambar bersama-sama lukisan.  












Masuk muzium nie kalau rasa blur nak mula dari mana, dorang ada sediakan contoh bergambar di setiap lukisan yang ada. Korang tiru je contoh. Macam Fiza pun semua tiru contoh, bila tengok contoh barulah dapat gambaran. 

Okay itu je, ikutkan memang banyak lukisan yang ada, kalau korang nak tahu kena la datang sini. Bergambar, posing, berlakon la sampai penat. haha.. Nak tengok harga tiket, check out kat website i-city, okay.

Wassalam.  

Post a Comment

0 Comments