Sambutan Raya di Bulan Syawal Lebih Selamat dan Bersih untuk 24 NGO di Lembah Klang dengan Rangkaian Pembasmi Kuman Clorox Malaysia

Malaysia telah beralih ke fasa endemik COVID-19, membolehkan kita menyambut Raya di bulan Syawal dengan kurang sekatan dan banyak interaksi bersemuka. Walau bagaimanapun, kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan golongan muda, tua dan kelainan upaya dilindungi dengan baik.

Produk sumbangan Clorox diedarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor kepada 17 NGO dan Institusi Kebajikan di negeri ini.

Clorox Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), membantu 24 Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal dengan lebih selamat dan bersih dengan sumbangan keperluan pembasmian kuman yang berjumlah RM 24,270.

Tujuh belas rumah anak yatim, lima rumah warga emas dan dua rumah bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) masing-masing telah menerima 1,800 unit Tisu Pembasmi Kuman Clorox, dan 300 unit Peluntur Clorox 2 Liter. Kedua-dua produk ini diluluskan oleh EPA untuk membunuh 99.9% virus dan bakteria[1], termasuk virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19[2].

 Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia gembira dengan Clorox Disinfecting Wipes mereka.

Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor menerima keperluan pembasmian kuman Clorox.

“Kami telah menyediakan senarai nama sebanyak 24 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Institusi Kebajikan yang terpilih iaitu 17 buah daripada JKM Negeri Selangor dan 7 buah daripada JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan syarikat Clorox dalam menganjurkan inisiatif ini yang dapat memberi manfaat penjagaan kebersihan kepada golongan sasar dalam menuju fasa endemik COVID-19,” kata Unit PRO JKM.

Clorox telah menjalankan perniagaan pembersihan dan pembasmian kuman sejak 1913. Clorox ialah jenama Peluntur #1 di Dunia[3] dan telah dipercayai sejak turun-temurun untuk membunuh 99.9% kuman. Tuntutannya disokong oleh data dan produknya telah dicuba dan diuji.

“Clorox ingin memastikan semua rakyat dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal dengan selamat, bersih dan riang, terutamanya komuniti berisiko seperti warga emas, OKU dan kanak-kanak yang masih memerlukan penjagaan yang lebih. Produk kami dicipta khas untuk membersih dan membasmi kuman. Kami gembira dapat menyokong komuniti ini dengan kerjasama JKM,” kata Monique Gonzales, Pengurus Pemasaran Clorox Asia Tenggara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur (Kanan & Kiri) menyerahkan Clorox Disinfecting Wipes dan Peluntur Clorox kepada Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras (Tengah)

“Terima kasih kepada Clorox dan JKM atas sumbangan yang amat diperlukan ini. Kami menjangkakan ramai pelawat, dan produk Clorox penting untuk membasmi kuman sebelum dan selepas lawatan untuk memastikan semua orang lebih selamat,” jelas Puan Rosnah Bt Mohamad Razali, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam.


Penerima di Selangor

Rumah Anak-Anak Yatim:

1. Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Kasih Harmoni Paya Jaras

2. Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

3. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia

4. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor

5. Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak yatim Islam Dan Miskin Daerah Sabak Bernam

6. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun)

7. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)

8. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah Jabatan Kebajikan Masyarakat

9. Taman Seri Puteri Cheras Jabatan Kebajikan Masyarakat

10. Kompleks Penyayang BAKTI Sungai Buloh Jabatan Kebajikan Masyarakat


Rumah Warga Emas:

1. Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia

2. Pertubuhan Kebajikan Siti Nor Ainiv

3. Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas U3A Kuala Lumpur Dan Selangor

4. Pusat Jagaan Nur Hasanah

5. Rumah Seri Kenangan Cheras


Rumah Warga Kelainan Upaya:

1. Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras

2. Bengkel Daya Klang



Penerima di Kuala Lumpur

Rumah Anak-Anak Yatim:

1. Pusat Jagaan Rahoma

2. Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah

3. Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur

4. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras

5. Asrama Sentosa

6. Asrama Bahagia Kampung Pandan

7. Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi


Dapatkan maklumat lanjut tentang perkara-perkara berkaitan kebersihan, aktiviti dan banyak lagi daripada laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan


[1] * Staphylococcus Aureus, Pseudomonas Aeruginosa, E.Coli, Candida Albicans, Influenza A H1N1, Influenza A H3N2, Human Coronavirus 229E, SARS-CoV-2. Use as per label instruction(s).


[3] Sumber Euromonitor International Limited; Home Care 2020 Edition; Peluntur, semua saluran, harga jualan runcit, data Nama Jenama Global Clorox 2019.

Post a Comment

0 Comments