Find us on Facebook

Akhirnya, gambar raya kami Tahun 2022 | Syukur dapat raya di kampung selepas 2 tahun PKP

Assalamualaikum. Siapalah tak happy bila dapat balik raya kat kampung. Tak nak ingat macam mana waktu PKP, 2 tahun tak dapat raya kat kampung. Lepas itu beraya pun dalam rumah je. Paling kesian kat budak-budak, terlepas 2 tahun moment beraya dengan tok-tok di kampung. 


Akhirnya, gambar raya kami Tahun 2022 | Syukur dapat raya di kampung selepas 2 tahun PKP | Semangat nak raya, sedondon tu memang wajib, barulah nampak kesepakatan dalam family. Biar orang nak cakap berialah beraya, warna nak sama. Itu style Fiza. Rasa macam tak cantik je gambar bila tak pakai sedondon kan. 

Alhamdulillah, 11 tahun beraya bersama, tak pernah tak sedondon lagi. Tema warna baju raya tahun ini Dusty Pink. Bulan puasa kami ke butik Zoffya kat Shah Alam. Dapat juga tema sedondon.







Tema baju raya hari kedua, warna purple. Yang nie Fiza beli kat shopee je sedondon dengan anak. Dedi dengan Thaqif just t-shirt sebab orang laki nie memang pakai baju raya hari raya pertama je. 





Nielah moment beraya kami di kampung. OOTD baju raya kan wajib. Raya pertama jalan rumah sepupu, raya kedua duduk rumah tunggu tetamu datang. Best raya kat kampung. Simpan sini kenangan OOTD kami sekeluarga.

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments