Find us on Facebook

MARRYBROWN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA! KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA

Limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang tersayang dengan hidangan   
 'Egg-stra Ong, Lagi Power' pada Tahun Baru Cina ini.

Marrybrown Egg-stra Ong

Anda rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin Marrybrown? Usah risau, Marrybrown mendengar keinginan anda. Untuk perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, 'Egg-stra Ong, Lagi Power' kini kembali lagi, dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula 22 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022.



Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

 3-pc Egg-stra Ong Chicken Combo

Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. 

Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.

 Egg-stra Ong Big Box



Bagi mereka yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, mereka boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80. 

Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.
 Egg-stra Ong Chicken Burger Combo




Egg-stra Ong Family Meal



“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.


Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV

Post a Comment

4 Comments

  1. one of my most fav menu kt Marry Brown! So glad it came after i've recovered from my wisdom extraction. Awal2 tu ray dah singgah beli hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya lahai..:)

    Jemput baca : https://norminieza.blogspot.com/2022/01/kesan-pengurangan-tembakau.html

    ReplyDelete
  3. tu dia sedapnya egg sta strong mb

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. boleh lah Kak Sue cuba jugak nanti nie..

    ReplyDelete