BBQ Kambing Bakar tepi Pantai Rusila, family gathering paling best selepas PKP 3.0

Assalamualaikum. Okay, Fiza nak sambung story Staycation 3 hari 2 malam di Terengganu. Malam hari pertama di Kampung Rusila, kami menginap di Homestay Tokmie. Best homestay nie, besar, luas, memang puas hati kalau dapat duduk lama tapi kami dapat booking untuk sehari je sbb bookong penuh. Almaklumlah waktu nie semua berebut nak pergi bercuti.


BBQ Kambing Bakar tepi Pantai Rusila, family gathering paling best selepas PKP 3.0 | Kalau family gathering, aktiviti BBQ memang wajib la ada. Sehari sebelum bertolak, kami dah siap-siap barang dan makanan untuk aktiviti BBQ. Pertama kali Fiza cuba untuk marinade kambing. Tak sangka menjadi. Yang penting kambing tak de bau. 


Tempat BBQ pun disediakan. Jadi kami tak perlu susah payah nak bawa tempat bakar. Cuma bawa arang je. Mula membakar sebelum Maghrib lagi, jadinya lepas isyak boleh makan. Bukan sikit. Nak simpan memang tak boleh sebab esok kami akan fokus untuk berjalan-jalan. No more BBQ atau masak-masak.

Sambil menunggu makanan siap, kami layan lempeng nyior dan keropok lekor dulu. Budak-budak nie lapar tak yah cakap la kan. Petang mandi laut. Balik memang cari makan terus. 




Masak nasi je dah cukup. Memang menambah nasi. Sedap betul makan malam kami. Kambing bakar paling laris, favorite Thaqif dan Huwainaa. Fiza pun kalau dapat kambing bakar memang tak tengok lauk lain dah.



Tido awal? Mana boleh tido awal. Lepas kenyang waktu merancang untuk perjalanan hari esok pula. Kami bercadang untuk ke Pasar Payang. Lama tak ke sana. Harapnya cuaca elok sebab untuk hari pertama sampai nie pun cuaca mendung dan hujan on off. Jadinya Fiza berhenti kat sini dulu. Nanti sambung.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah.Meriahnya menunya.Jadi lapar tengok.He2~

    ReplyDelete
  2. Ya ampun! Kambing.... sedapnya kambing!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Cuaca sejuk-sejuk lepas hujan layan bbq ramai-ramai memang syok la

    ReplyDelete