NUViT Anti-Acne series bantu hilangkan jerawat dan kecutkan jerawat dengan cepat

Assalamualaikum. Mujur hari ini ada mood nak update blog. Biasalah dalam phone nie belambak sangat mende nak share, sampai tak tahu nak buat yang mana dulu. Belek-belek gambar, tengok yang nie tak masuk blog lagi, yg tu tak tulis lagi.. OMG banyak, jadinya kita buat slow-slow. Bila dah settle boleh delete gambar-gambar yang ada. 

Habis dah mukaddimah, sini Fiza nak share skincare yang boleh bantu mereka yang kerap mengalami masalah naik jerawat. 


NUViT Anti-Acne series bantu hilangkan jerawat dan kecutkan jerawat dengan cepat | Nak tahu kenapa Fiza dapatkan skincare nie, sebabnya sejak pakai face mask nie, jerawat memang tak bagi kerjasama langsung. Fiza tak tahu dari mana datangnya tapi yang pasti kawasan yang Fiza tutup dengan mask akan naik bintik dan ruam. 

Lepas tu akan timbul jerawat. Kadang-kadang gatal. Rasa memang nak buang face mask nie jauh-jauh. Kalau pakai face mask kain lagilah menderita. Lagi elok pakai yang jenis disposable. 


Untuk bantu hilangkan jerawat, Fiza dah ada NUViT Anti-Acne series yang terdiri daripada :

Acne & Blemishes Prevention Concentrate
Acne Corrector Purifying Fluid
Acne Purifying Gel

Setiapnya ada fungsi dan manfaat tersendiri. NUViT Anti-Acne series membantu mencegah 5 tanda masalah jerawat seperti pori-pori tersumbat, comedonal acne, pustules, acne spots dan redness. Selain itu ia membantu membersihkan kulit dari pori-pori yang tersumbat, bintik hitam dan jerawat sekaligus merawat ketidakselesaan kulit.


NUViT Acne & Blemishes Prevention Concentrate

Bi-phase toner yang mengandungi zink dan kaolin, mineral yang menyerap minyak yang dapat membersihkan kulit dan meningkatkan kesan pengawalan minyak sambil memperbaiki pori-pori untuk membuat kemasan matte. Ditambah dengan America Klamath Lake Algae Extract, bantu melembapkan dan memperbaiki kulit.

Acne & Blemishes Prevention Concentrate juga membantu mengecilkan liang pori serta merta membersihkan kulit berminyak. Ia juga bantu menghilangkan blackhead dan whitehead yang menjengkelkan.



NUViT Acne Corrector Purifying Fluid

Dilengkapi dengan asid hyaluronik dan ekstrak sweet myrrh. Ia bantu melembapkan kulit dan memberi daya hidup sambil melegakan ketidakselesaan kulit jerawat. Selain itu, ia mengandungi vitamin B3 yang meningkatkan penyembuhan kulit, mengubah transformasi melanosom dari melanosit untuk mengurangkan pembentukan parut jerawat.

Ia membantu menjaga keseimbangan minyak dan kelembapan untuk mengelakkan pengeluaran sebum berlebihan. Ia menenangkan kulit yang meradang dan memperbaiki kulit. Ia juga membantu:
  • Mengawal minyak
  • Melembapkan
  • Menenangkan 
  • Memperbaiki Kulit
  • Mengatur Keseimbangan Air-Air
  • Antibakteria 
  • Mengurangkan Saiz Pori



NUViT Acne Purifying Gel

Acne Purifying Gel menggabungkan 1% vitamin B3 dan vitamin C mikroenkapsulasi. Ia dapat dengan berkesan mencegah pembentukan parut jerawat dan mengurangkan parut. Ekstrak lidah buaya dan Witch Hazel dapat mengurangkan keradangan dan menenangkan wabak jerawat dengan berkesan. Ia juga mengandungi minyak pokok teh yang membantu mencegah pembentukan jerawat.

Ia memberikan kawalan rapid breakout yang cepat 24 jam dan melegakan jerawat dengan segera. Ia menyembuhkan luka, mengurangkan parut dan anti-radang.



Nak hasil yang berkesan, pastikan korang dapatkan set lengkap ini. Guna secara konsisten, bila naik je jerawat terus sapu. Itu yang Fiza buat. Rangkaian penjagaan wajah NUViT memang pilihan Fiza. Kalau yang rajin ikut penulisan Fiza di blog, Fiza ada share pasal NUViT. Ada beauty face mask dan sunscreen. 


Untuk info lanjut layari je website NUViT. Nak beli, kat shopee pun ada.

Wassalam.


#NUViT #Skincare #AntiAcne #BreakFreefromAcne #BeRealBeYou

Post a Comment

0 Comments