Find us on Facebook

Review AVON TRUE POWERSTAY 16 HOUR LIP COLOUR Lipstick

Assalamualaikum. Bab make up, solek-menyolek nie memang Fiza tak berapa pandai. Cukup la pakai foundation, lepas itu tepek bedak, kemudian last dengan lipstick. Kalau ada function, majlis ke, pakai la blusher. Sebab kalau nak biarkan muka tanpa bedak pun rasa macam tak berapa yakin je. 


Review AVON TRUE POWERSTAY 16 HOUR LIP COLOUR | Bila musim covid nie, orang cakap tak yah pakai lipstick dah sebab bukan nampak pun bila pakai mask kan. Pakai mask kat luar, dalam pejabat masih berjumpa dengan staf-staf. Pakai juga mask tapi kalau buat kerja memang mask letak tepi. Jadi muka still kena siap.

Lipstik pilihan Fiza memang warna terang. Tak tahu la kenapa kalau pakai yang warna ala kulit rasa muka nie kusam jer. Kalau pilih lipstick memang Fiza akan cari warna yang merah. Tapi untuk review kali ini Fiza diberi warna yang tak pernah lagi Fiza pakai tau. Resilient Red lipstik dari AVON TRUE POWERSTAY 16 HOUR LIP COLOUR. 


Warna merah menyala yang menyerlah. Memang Fiza suka betul dengan warna merah macam ini. Bukan main-main tau merah dia. Kelebihan lipstick ini tahan tahan lama di bibir dan warnanya  terang selama 16 jam. Bukan itu saja, ia juga selesa dan rasa ringan.

Sekali sapuan ia terus memberikan bibir kita warna yang sekata dan tahan lama di bibir. Memang tiada kesan merekah, tidak meleleh dan cepat kering. Cara nak guna, hanya sapukan sekali sahaja pada bibir, memang cantik, warna terang dan kekal 16 jam. 

Untuk tanggalkan, disarankan untuk menggunakan pembersih yang berasaskan minyak.Gincu ini tahan lama kerana formulanya tidak mengandungi lilin untuk memberikan si pemakai warna yang terang. Memang selesa bila pakai AVON TRUE POWERSTAY 16 HOUR LIP COLOUR sepanjang hari. 


Memang cantik di bibir serta selesa dipakai. Betul ia tahan sehingga 8 jam, walaupun selepas makan dan minum, warna gincu masih sama. Puas hati betul dengan AVON TRUE POWERSTAY 16 HOUR LIP COLOUR nie.

Terima kasih buat Home Tester Club x True Powerstay 16 hour lip colour bagi Fiza review lipstick nie. Kalau nak tahu lagi warna-warna pilihan lain, boleh check out website Avon okay. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pilihan warna yang ada memang cantik-cantik.

    The colour suits you well 😊

    ReplyDelete
  2. Cantik warnanya tu kak.. merah seceria orang yang memakainya

    ReplyDelete