Beli Kids' Scooter di Decathlon Bandar Sri Damansara

Assalamualaikum. Setiap petang bila nak ambil anak kat tempat asuhan mesti nampak ramai budak-budak main kids scooter. Jarang dah nampak budak-budak main basikal, bukan tiada tapi ramai lagi yang main scooter. Thaqif sekarang dah umur 5 tahun tapi masih tak tahu kayuh basikal. Bukan apa, bila tanya Thaqif nak basikal, dia kata dia nak scooter.


Beli Kids' Scooter di Decathlon Bandar Sri Damansara | Mama pun mula la bising kan. Kenapa nak scooter, mainlah basikal. Mama beli basikal nak tak? Dia tak nak. Mama dulu umur 3 tahun dah kayuh basikal. Yelah itu zaman kita kan. Zaman sekarang budak-budak suka lagi main scooter agaknya.

Tempat lepak kami sekeluarga hujung minggu selalunya kat Decathlon Bandar Sri Damansara. Bukan apa, sini memang best kalau datang cuci mata. Orang lain suka pergi shopping mall tapi kami suka ke sini. Kalau nak shopping seluar atau baju pun selesa kat sini. Tempat favorite husband.


Kali ini kami hendak mencari kids scooter. Kalau nak beli tak boleh satu, Huwainaa pun tak padan umur pun mintak 'uter'.  Tak susah nak cari kat Decathlon. Kat sini budak-budak boleh siap test drive dulu sebelum nak beli. Untuk awal nie, kami beli beginner scooter. Ada dua roda kat depan, jadinya boleh imbang badan. Beli yang satu roda takut Thaqif tak nak sebab dia nie cerewet dan kalau dia rasa susah dia pun tak nak terus. 

B1 Kids' Scooter Frame


Frame boleh tukar warna, jadi Thaqid rambang mata nak pilih warna apa


Dua beradik dah ada scooter masing-masing. Jadi tak de istilah berebut. Masing-masing setuju dengan pilhan masing-masing. Huwainaa punya ada lampu kat tayar, comel jadi sesuai la untuk budak perempuan. 

Sesi pemasangan yang ringkas dan mudah


B1 500 Kids' Scooter - Blue


Tak perlu ajar, pandai terus je


Tapak scooter pilihan Thaqif red dan blue


Boleh la main depan rumah. 

Alhamdulillah, dapat tunaikan permintaan anak satu kepuasan buat mama dan dedi. Biar dorang gembira, makin banyak rezeki untuk kami sekeluarga. Kalau ada yang mencari scooter, boleh je pergi Decathlon. Scooter untuk orang dewasa pun ada. Mama pun nak juga la satu, boleh teman anak-anak main kan. Tapi nantilah dulu, nak kene standby RM 400-500 jugak tu. 

Untuk info boleh la layari https://www.decathlon.my/.

Wassalam.

Post a comment

8 Comments

  1. Wahh! Cantiknya skuter. Saya tak pernah pergi lagi Decathlon. Anti hajat nak pergi nak beli roller blade untuk anak.

    ReplyDelete
  2. comelnya skuter2 tu! hati2 ye anak2 ;)

    ReplyDelete
  3. ala tomeinya scooternya, anak menakan dua org ni pun dah ada scooter masing-masing, balik rumah maktok baru boleh main sbb laman luas..

    ReplyDelete
  4. singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Mesti suka anak2.. Nad nak belikan diaorg basikah

    ReplyDelete
  6. Zaman kita dulu mana kenal Scooter ni hahaha

    ReplyDelete
  7. Mesti best thaqif nn huwaina dpt scooter.. zzaman dulu kite basikal je kn fiza... Zaman berubah teknologi pn berubah..ada satu yg ummi kagum tgk dekat decalthon ada basikal yg xde pengayuhntu... Comelnye..hehehe

    ReplyDelete
  8. Seronoknya depa dapat skuter... Hehe

    ReplyDelete