Wall Art rekaan sendiri menggunakan Custom Photo Prints di Square Canvas Printcious.com

Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog Fiza. Sejak work from home, masa untuk update blog terasa amat terhad. Dengan kerja, dengan anak lagi. Memang fokus pada blog pun agak terganggu. Tapi Fiza tak nak merungut sebab itu semua tanggungjawab. Ada masa dan cuti macam hari ini Fiza gunakan untuk update blog yang agak bersawang selama seminggu jugak lah.


Wall Art rekaan sendiri menggunakan Custom Photo Prints di Square Canvas Printcious.com | Kalau sebelum ini Fiza kerap juga kongsikan mengenai sebuah platform Printcious.com yang mana ia menyediakan ruang untuk pembeli mengabadikan kenangan dan boleh juga dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang

Untuk kali ini berbeza sedikit sebab Fiza teringin hendak cantikkan dinding rumah dengan nama Allah  SWT dan Nabi Muhammad SAW di dinding. Memang tidak susah untuk dapatkan dengan menggunakan Custom Photo Prints Square Canvas di Printcious.com.

Penghantaran pantas 5 hari waktu bekerja


Sebelum : Lukisan canvas ini dibeli di Kaison

Dengan saiz 12"x12"


Design ini Fiza reka bentuk sendiri di Photoshop sebelum dimuat naik ke platform tersebut. Jadinya kerja design akan menjadi lebih mudah dan pantas.


Ayat Seribu Dinar


Kalimah Allah SWT


Kalimah Nabi Muhammad SAW


Ringan dan senang nak gantung di dinding


Rasa puas hati lihat hasil tangan sendiri di dinding


Kalimah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW serta ayat seribu dinar Fiza search je di Google image. Touch up sedikit dengan background yang nampak ceria. Maka jadilah seperti ini. Bila print di atas canvas memang puas hati serta cantik.

Memang senang kalau nak cantikkan dinding serta hias rumah dengan basic canvas ini. Jadinya kalau korang teringin jsebagai contoh nak print gambar family pun boleh sebagai kenangan layari Printcious.com.


Wassalam.

Post a comment

1 Comments

  1. goog idea, duk cari juga design utk wall rumah. cuma ingat nak beli yang siap ada di shopee 50x70cm dalam 49.90 ..so maish berbaloi..cuma bukan design sendirilah.

    ReplyDelete