Pengalaman menginap di ANSA Hotel, hotel tengah Bukit Bintang

Assalamualaikum. Lama tak cerita pasal menginap di hotel. Sebabnya semua orang tahu kan. Takut je nak menginap kat hotel musim-musim Covid-19. Jadinya, pertengahan bulan Julai yang lepas, Fiza sekeluarga telah diberi peluang untuk melawat Museum of Illusions KL yang terletak dalam Hotel Ansa. Alang-alang dah sampai sini, walaupun rumah tak jauh pun dari sini, tapi husband ajak tidur je hotel, lagipun anak-anak mesti seronok.





Pengalaman menginap di ANSA Hotel, hotel tengah Bukit Bintang | Kalau nak tahu hotel ini terletak betul-betul sebelah Lot 10, Bukit Bintang. Bila dah masuk check in, selak langsir tengok bangunan Lot 10. Nak buat macam mana memang hotel tengah-tengah Bukit Bintang.

ANSA Hotel, Kuala Lumpur


Lobi hotel




Masa datang hotel nie, macam biasa dorang ikut SOP yang ditetapkan. Kena scan barcode dulu, lepas itu check in. Dalam lif pun dilimitkan 4 orang dalam satu masa. Kiranya memang mereka ikut dan kita pun kenalah patuhi.

Tempahan dibuat seminggu awal. Kami ambil ANSA Deluxe Room, king bed dan bilik juga luas. Bilik dilengkapi dengan kemudahan Bathroom dan toiletries, Entertainment dengan free wifi, Comforts and Dining, drinking, and snacking, clothing and laundry serta safety and security features.

Bilik yang selesa dan luas


Deluxe Room, king bed


Satellite/cable channels


Desk


Tandas



Toiletries dan towels



Almari, seterika, Slippers, pengering rambut



Coffee/tea maker, Complimentary tea, Free bottled water, Free instant coffee, peti sejuk


Ruang rehat


Stay Healthy while travelling


Memang selesa habis lepak kat hotel nie. Nak cari makan pun memang senang sangat jalan je ke Lot 10, atau singgah je Mekdi besar seberang jalan tu atau pergi je kat Sungei Wang Plaza. Memang tak de hal. Stabak pun ada je kat dalam nie. Memang pantang nampak stabak kan, paling tidak pun rasa hot chocolate dia. Kenyang sampai esok pagi.




Dorang berdua nie dah buat kerja masing-masing







Kami selesa menginap di sini walaupun pada asalnya water heater tak berfungsi. Nampak sangat yang memang tiada sesiapa lagi yang menginap di bilik kami tu selepas PKP ini. Tapi technician mereka sampai dalam cepat lepas kami call bagitahu ia tidak berfungsi dan tak panas.

Hotel tengah bandar memang best sebenarnya. Boleh baca lagi pengalaman kami menginap di hotel tengah bandar, boleh nampak menara KLCC lagi. Hotel Ibis Kuala Lumpur, ada infinity pool. Korang yang ada pengalaman menginap di hotel tengah Kuala Lumpur, boleh la share kat ruangan komen di bawah. Mana tahu best kami pun nak pergi.

Wassalam. 

Post a comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah
    Nampak menarik dan selesa tempatnya

    ReplyDelete
  2. nampak cantik dan kemas,ni kalau musim nak shopping elok sgt ni,penat na balik rumah hehehhe

    ReplyDelete
  3. bersih dan kemas hotelnya. sangat2 selesa

    ReplyDelete
  4. wahh hotel mewahh.. harga pown diskaun khanns.. :p

    ReplyDelete
  5. Nanti nak check in kat tengah KL gak lah. Cam best je.

    ReplyDelete
  6. Wah siap stay hotel dia.. Best tengok

    ReplyDelete