Medal pertama untuk Charity Run | Kit Larian Paramedic Charity Trail Run 2.0 2020

Assalamualaikum. Siapa yang pernah join larian amal atau charity run? Mesti ramai dah pernah sertai kan? Untuk Fiza pula ia adalah pengalaman pertama. Bukan apa, teringin juga nak lari beramai-ramai, dapat t-shirt dan paling best medal. Tapi hajat nak join tidak kesampaian, mesti ramai yang tahu sebabnya kan.



Medal pertama untuk Charity Run | Kit Larian Paramedic Charity Trail Run 2.0 2020 | Larian ini sepatutnya berlangsung pada 4 April 2020 yang lalu. Tapi waktu ini dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Jadinya ia terpaksa ditangguhkan pada awalnya. Akhirnya dibatalkan.

Tak merasalah Fiza nak rasa milo ais kat lori Milo tu. Oleh kerana yuran penyertaan pun dah dibayar, Kelab Sukan dan Kebajikan (KeSuKeb) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh dengan kerjasama Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM Sungai Buloh) tetap memberikan T-shirt, medal dan goodies bag seperti dijanjikan walaupun ia terpaksa dibatalkan.


Kit Larian


Medal pertama




Medal dia mmg cantik dan penuh dengan maksud tersirat. Medal kenangan PKP dah rasanya nie. Diharapkan dan berdoa agar PKPP berakhir. Memang niat nak join kalau ia dianjurkan sekali lagi. Lagipun memang dekat dengan tempat tinggal. Rasa rugi kalau tak join aktiviti menyihatkan sebegini.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments