Beli mainan dekat Mr.Toy pun okay lebih kurang Toys"R"Us

Assalamualaikum. Kalau dalam sebulan tak beli mainan untuk anak-anak rasa macam kesian je. Sebab kita yang duk pakai baju yang sama setiap minggu pun rasa bosan, mungkin anak pun rasa begitu. Tak tahulah mommy lain macam mana kan. Jadinya tempat beli mainan nie memang banyak tapi Fiza paling suka bawa anak-anak ke Mr. Toy.




Beli mainan dekat Mr.Toy pun okay lebih kurang Toys"R"Us | Bukan tak pernah masuk Toys"R"Us. Kat situ kalau nak cari yang branded dan original memang elok la. Tapi Fiza lagi senang nak bawa anak ke Mr. Toy. Salah satunya mestilah harga. Sayang duit jugak kita pun. Sebab budak-budak nie kalau main bukan lama pun. Last-last masuk dalam kotak simpan dalam stor.

Bila masuk Mr. Toy bermakna kita dah berserah sebab sah-sah anak akan cari apa yang dia nak. Macam biasa Thaqif nie minat dengan kipas. Mujur tak da jual kipas kat situ tapi dia berkenan dengan Ferris Wheel sebab boleh pusing-pusing. Jadinya kalau tak dibeli memang merajuk. Terpaksa la mama turutkan.


 Music box sebenarnya, tapi boleh pusing ikut muzik

Si adik pula minat nak beli robot. Alahai korang nie, pelik betul minatnya. Robot ada remote dan boleh setkan untuk menari juga. Pilihan Huwainaa memang best juga sebab robot pun smart dan menarik.






Tapi lepas itu robot dapat ke Thaqif, dorang bertukar pula. Jadi mainlah sama-sama. Kalau bagi korang yang tak pernah ke Mr. Toy, ia adalah business di bawah Mr. DIY juga. Mainannya tetap berkualiti dan harganya berpatutan. 

Cubalah bawa anak-anak korang ke sini. Bukan dorang je yang rambang mata, kita pun jadi rambang mata nak pilih mainan mana nak bagi kat anak-anak.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. wah okay juga ni.. nanti anak buah Cik TK ni bila dah besar sikit boleh la bawa dia ke sana

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak tau pasl mr toy ni. Macam best je.. Nak kene tgk outlet dia katne

    ReplyDelete