KFC Zinger Double DOWN burger tanpa roti

Assalamualaikum. Memandangkan KFC Zinger Double Down dah kembali semula, Fiza nak bagitahu pengalaman makan burger ayam tanpa roti nie. Sebelum ini memang tak pernah makan pun, bukan tak suka tapi yelah makanan bermusim, baru nak beli musim dah habis. Kali ini berpeluang untuk makan, meh buat review sekali.


KFC Zinger Double DOWN burger tanpa roti | Pengalaman sebelum ini selalunya tertipu dengan iklan. Tunjuk burger besar, sekali dapat kat tangan, alahai.. kecewa. Tapi kali ini memang tak kecewa langsung.


Meriah betul burger ayam yang dikapit dengan dua isi ayam tanpa roti. 100% isi ayam, puas makan macam makan 2 ketul ayam tanpa tulang. Isi pun tak de berminyak sangat. Risau nak makan menu berminyak sangat. Berjerawat nanti. Kenalah rajin cuci muka kan.



Sedap dan berbaloi. Fiza ambil satu set dengan potato wedges dan air manis bergas pepsi. Harga RM18.50 tidak termasuk cukai. Oke la tu, sekali sekala kan. Kalau makan hari-hari mungkinlah pokai. Kesimpulannya memang sedap dan puas hati. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Knpa mcm ketinggalan je ni. Sampai zinger buat come back pun taktahu :') hahaha Boleh la pegi dlm masa terdekat sini. Yumsss

    ReplyDelete
  2. KFC Zinger Double Down ni memang best dan lain dari yang lain

    ReplyDelete