Find us on Facebook

Yuran Q-Dees Tahun 2020

Assalamualaikum. Memandangkan anak Fiza pada tahun depan akan menjejakkan kaki ke tadika, sudah masa untuk Fiza membuat perkiraan tadika mana yang bakal Thaqif duduki dan belajar.

Fiza bukanlah jenis tidak mahu menghantar anak ke tadika kemas tetapi Fiza memikirkan kesenangan Fiza untuk menghantarnya ke tadika. Tadika tersebut mestilah berhampiran dengan pejabat supaya mudah Fiza hendak uruskan Thaqif. 

Pamphlet Q-Dees starter 

Yuran Tadika Q-Dees Tahun 2019 | Tadika pertama yang Fiza telah walk in adalah Q-Dees yang mana memang kita tahu ia antara tadika swasta yang agak hebat. Fiza ke sana untuk mendapatkan maklumat dan jumlah yuran dan bayaran yang tepat untuk senang membuat keputusan. Sebab Fiza akan walk in lagi tadika-tadika lain untuk dibuat perbandingan.

Suasana tempat ibu bapa menunggu yang ceria

Dipendekkan cerita, yuran penggal bermula Januari hingga Mei lebih kurang RM 1,*** tidak termasuk yuran bulanan. Fiza akan cerita butiran lanjutnya seperti di bawah.

Awal pendaftaran ibu bapa perlu membayar yuran pendaftaran dan segala peralatan yang anak kita hendak gunakan termasuk buku, beg dan alat tulis kesemunya RM ***.

Keperluan pembelajaran yang terdapat di Q-Dees seperti komputer, makanan, kemudahan berenang, taekwando dan pendidikan islam adalah RM ***.

Bayaran bulanan pula adalah seperti berikut. RM *** untuk bulan Januari dan bulan berikutkan adalah RM 3**.

Jumlah keseluruhan RM 3** + RM *** + RM *** menjadikan jumlah keseluruhan untuk yuran penggal ketika pendaftaran adalah RM 1,***. Sekiranya diambil kira dengan bulanan, maka yuran sepenggal lebih kurang RM 3,***.


Butiran mengenai yuran





Pada Fiza banyak perkara yang mengelirukan dan memerlukan lebih banyak pertanyaan. Tetapi secara asasnya begitulah yuran yang perlu dibayar sekiranya hendak menghantar Thaqif ke Q-Dees. 

Fiza tidak mahu komen mahal atau murah harganya tetapi qualiti tadika yang perlu dititik beratkan. Fiza menganggap tadika Q-Dees memang hebat dan alangkah seronoknya Thaqif kalau dapat belajar di sini.

* Angka sebenar terpaksa dirahsiakan kerana terlalu banyak komen negatif yang diberikan sedangkan ianya adalah perkongsian positif daripada saya kepada mereka yang memerlukan rujukan awal.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan Q-Dees.

Wassalam.

Post a Comment

20 Comments

  1. yuran mahal tp pembelajaran bagus xjd masalah rasanya..:)

    ReplyDelete
  2. Menarik. Bagus utk rujuan para parents yg tgh mencari tadika

    ReplyDelete
  3. Saya hantar 2 org anak di Qdess area Bandar Baru Selayang. Yuran yang agak mahal bagi saya, tetapi husband mahu berikan yang terbaik bagi anak so saya ikutkan je. Di Tadika ini makanan perlu disediakan sendiri oleh parents, tadika tidak sediakan. Tadika ini juga banyak sangat cuti sekiranya ada teachers parents meet hari tersebut dikira tidak bersekolah. Silibus pembelajaran sangatlah berat dan advance tetapi tidak sangatlah menekankan basic membaca dan mengira. dan tiada recap atau penekanan bagi anak-anak yang lemah membaca bahasa/English atau mengira. teachers terkejar-kejar menghabiskan buku yang telah ditetapkan setiap sem. teachers berulang2 mengatakan beliau tiada masa kerana masa suntuk dan suruh parents ajar anak2 basic2 seperti membaca dirumah. Tadika mahal tak semestinya bagusss. saya sedang mencari extra kelas membaca bagi anak2. keluar duit lagiiii. kesian anak2 x tahu membaca bila masuk darjah satu walaupun dah berabis ribuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya 2 org hantar ke Q Dees BBS, alhamdulillah dua2 dpt membaca, menulis & mengira seawal umur 4 thn. BM, English, Jawi dan al-quran takde masalah. Ujian saringan tahun 1 dua2 dpt kelas pertama. Guru2 semuanya rajin dan berdedikasi. Sistem Flip Tec mmg terbaik

      Delete
    2. Perkembangan setiap budak adalah berbeza dari setiap segi, ada yg pantas ade yg lambat sikit. Tidak patut salahkan sekolah tersebut sekirenye Perkembangan anak2 lambat, melainkan kesemua budak dlm kelas menghadapi masalah yg sama. Sekirenye anak2 tidak dpt mengikuti syllabus dkt sekolah atau ketinggalan, Itu adalah tanda mungkin tuan/puan kena cari alternative/sekolah lain yg lebih sesuai dgn anak2. Ataupun, hantar anak2 ke kelas tambahan. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam rumah utk mendidik/memotivasi anak2 dlm pembelajaran. Tidak semestinye lepas tangan seluruhnye dkt cikgu2 dekat sekolah.

      Delete
  4. Salam. Anak sy so far belajar kat qdees 2 tahun xde masalah. Membaca cepat lancar dlm English. Masuk darjah 1 x menjadi masalah. Ujian saringan lulus dan dpt masuk kelas pertama. So far so good..depends branch mana yg elok atau tak. Dan myb keserasian anak2 yg penting. Diorg x nak pun problem nnti ..malas belajar semua. Anak sy hantar qdees sek 7 shah alam..

    ReplyDelete
  5. Yunk, boleh share details harga kat bie tak? Bie memang tengah survey ni.. for me, biarlah org nk ckp apa pun. Its informatif untuk ibu bapa tengah cari info untuk kindy anak2 diorang.. share kat bie ea.. please.. kat fb or email biemohddotcom@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Boleh tak reveal harga sebenar sebab saya tengah survey harga tadika ni. Kalau tak keberatan, saya mintak tolong email saya harga sebenar
    Emaik saya sungrin87@gmail.com
    Terima kasih puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh x reveal harga sebenar sebab saya tengah survey jugak harga tadika ni..ni email sy..anis_0955@yahoo.com..tqsm

      Delete
  7. Hi Fiza, terima kasih kerana telah memilih Q-dees. Berharap anak Fiza tekun belajar dan pandai membaca, menulis dan berfasih dalam kesemua bahasa yang diajarkan di Q-dees. :)

    Daripada Q-dees,
    https://www.q-dees.com/

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian puan, sy pon tgh usha qdess jgk untuk puteri saya... ☺️

    ReplyDelete
  9. Hai, saya pun nk detail info utk yuran. Boleh? Saya nak hantr sbb dekat dgn tempat kerja. rosnahafiz@gmail.com

    ReplyDelete
  10. The best Pre school. Saya hantar ke dua-dua anak saya full day dari umur 3 tahun di Qdees Puncak Jalil. Untuk Yuran, tidak perlu saya nyatakan kerana services mereka terbaik dan berkualiti. Semua termasuk breakfast, makan tengah hari, minum petang, ulangkaji, serta daycare. Anak pertama saya sekarang berada di darjah 1 di SKJC. Dia boleh bercakap dalam 3 bahasa. English, Mandarin dan Melayu. mengira dan membaca dengan betul. Paling penting, anak-anak sangat berdisplin.

    ReplyDelete
  11. rasanya itu depends dgn branch qdees tmpt kita hantar anak..saya pernah hantar anak ke qdees utk level 1. saya suka presentation buku2 qdees sgt menarik dan bersaiz kecil. tapi look like guru2 kat tmpt anak saya tu mcm tak begitu fokus pada mana yg anak kita lemah. sekadar nak habiskan syllabus buku setiap sem which is every 4 months. so, bila anak kita skip school 1-2 days for sick leave, pages yg tak dibuat masa anak kita absent langsung diabaikan oleh guru dan tak da masa reverse kejap spend masa personally dgn anak kita. so kita parents kena ajar sendiri...qdees centre tmpt anak saya blajar tak emphasize on reading pun, so sendiri kena ajar reading..anak saya tak nak menulis pun, teachers takda skill nak pujuk atau ajar....saya sendiri ajar menulis huruf and numbers di rumah...i would say teachers are weak in child psychology skill...Personally, my opinion is,Qdees is a good place if your child oready got the basic of reading and counting and you can choose to send to Qdees when your child in Level 2 or 3 just to learn more compact syllabus sebab buku qdees ni byk.

    ReplyDelete
  12. Saya hantar anak sulung saya ke qdees senawang dari umur dia 4 tahun sampai sekarang dia 5 tahun.. cikgu disana semuanya bagus2.. saya dapt rasa keikhlasan diaorang dalam mengajar n mencurah kan ilmu kat students n saya nampak diaorang sgt loving kepada budak2.. alhamdulillah setakat ni pekembangan anak saya sangat memberansangkan.. more than my expectation.. pernah ada masa anak saya kerap x dpt dtg ke sekolah sbb faktor kesihatan tapi cikgu dia akan bg masa untuk ajar anak saya sampai dapat n alhamdulillah saya nampak anak saya x tertinggal walaupun kadang dia x dapat pergi ke sekolah..so far for me qdees senawang is the best kindergarden in my area…

    ReplyDelete
  13. So far qdees setiawangsa is the best for me. The school in their own building like a proper school but ya just nice with the space since setiawangsa branch is located near to residential area. The principal ms cindy and all the teachers really great! Recommended.

    ReplyDelete