Swimrush Academy menyediakan kelas berenang untuk kanak-kanak dan wanita muslimah

Assalamualaikum. Alangkah seronoknya bila pandai berenang. Kalau ikutkan kediaman tempat tinggal Fiza pun dilengkapi dengan kolam renang. Kalau setakat nak berendam boleh la, tapi bila tengok orang lain berenang, memang rasa cemburu juga. 

Macam mana sebenarnya berenang tu, macam mana mereka nie boleh terapung je dalam air. Itu semua bermain di fikiran setiap kali melihat mereka-mereka yang pandai berenang sedang berenang. Tambahan pula kita nie wanita, manalah tempat yang ada menyediakan kelas berenang untuk kita kaum muslimah, betul tak?


Swimrush Academy menyediakan kelas berenang untuk kanak-kanak dan wanita | Sebenarnya telah ada akademi renang yang menyediakan kelas berenang khas untuk kaum wanita muslimah dan juga kanak-kanak iaitu di Swimrush Academy. 

Istimewanya di akademi ini, mereka menyediakan kolam dan kelas renang pada hujung minggu dan juga selepas waktu bekerja. Biasalah kan kalau golongan mak-mak memang sibuk uruskan anak, ada yang bekerja. Jadi mereka sediakan waktu yang boleh dikatakan memang sesuai untuk golongan wanita datang dan belajar berenang. 


Teknik yang diajar bermula dari teknik renang asas yang mana ia memberi penekanan kepada water confidence program dan water survival skills. Nak boleh berenang perlu konfiden dahulu. Kanak-kanak juga diajar dengan program yang sama. Kalau ada anak yang berumur 5 tahun dan ke atas, bolehlah hantar anak kelas renang di sini. 


Bagi yang hendakkan privasi, mereka turut menyediakan menyediakan kelas persendirian - HOME TO HOME BASIS di mana Jurulatih datang ke rumah kita untuk mengajar dan tanpa caj pengangkutan. Memang best lah pilihan private Coach nie. Mesti lagi cepat pandai kan. 

Selain teknik renang, mereka juga menyediakan teknik menyelam. Yang ini khas buat mereka yang berminat untuk menyelam. Kalau dah pandai menyelam, bolehlah ambil kelas scuba diving, selam laut dalam. Itu kalau dah pandai selam yer. Kalau tak pandai lagi, boleh belajar di Swimrush Academy. 


Antara Swimrush Specialities adalah seperti : 

✔ Hanya Lady Coach mengajar Kelas Wanita
✔ EMPHASIS ON ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Water Survival Technique dan Water Confidence 
✔ Diajar Basic Technique : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly 
✔ Unique : Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves 
✔ Pengalaman dalam mengajar waterphobic students 
✔ Menyediakan CLASS REPLACEMENT 
✔ FREE Swimming Cap 
✔ Turning from ZERO to HERO Swimmer 


Swimrush Academy mempunyai 4 cawangan :

  • Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan (Available Kids, Ladies and Men Swimming Class 
  • Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya (Private Pool - Kids Swimming Class) 
  • Cheras : Komples Sukan Desa Tasik (Available for Ladies and Kids Swimming Class) 
  • Shah Alam Seksyen 14 (Private Pool; only Ladies Swimming Class) 

Jadi, dah tahu kan mana nak belajar berenang untuk kaum wanita muslimah dan kanak-kanak. Maklumat lanjut lagi, boleh lawati laman sesawang dan laman sosial di bawah. 



Post a comment

1 Comments

  1. masa study kat UM dulu selalu gak pi berenang kat kolam sebelah Kolej Kelima tu.

    ReplyDelete