Tebus baucer MPH Bookstores di NU Sentral

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat sudah Fiza menebus baucer RM100 dari MPH Bookstores di cawangan MPH Bookstores yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.


Tebus baucer MPH Bookstores di NU Sentral | Bila kaki melangkah ke dalam MPH, suasana dia bertukar. Yelah, MPH terletak dalam shopping mall, tempat yang riuh rendah, tetapi bila melangkah masuk ke dalam kedai buku, memang terasa tenang dan damai.


Seronok bila dapat baca dan belek-belek buku. Macam-macam peralatan sekolah, alat tulis, kelengkapan sekolah, beg-beg dijual di sini. Comel-comel pula tu. Rambang mata nak memilih. Kalau boleh nak ambil semuanya.

Niat ke sini hendak dapatkan buku bacaan untuk putera dan puteri Fiza. Jadi dapatlah 6 buah buku dengan harga hampir RM 110. Murah juga. Buku pula bukan yang biasa, banyak jenis hard cover. Susah untuk anak-anak koyakkan.





Buku yang Fiza memang nak sangat bagi pada Thaqif, Let's practise Phonics. Siap ada pen untuk anak menulis sambil membaca. Flash card untuk Huwainaa belajar ABC.



Anak-anak Fiza memang suka buku. Thaqif memang dari kecil Fiza sudah biasakan dia dengan buku. Huwainaa pun mengikut abangnya. Memang seronok dorang bila mama bawa pulang banyak buku. Thaqif minta suruh beli lagi.

Kalau buku mama tak kisah. Banyak mana pun mama akan belikan. Biarlah tak pandai baca pun janji mereka biasa dengan buku. 

Wassalam.


Post a comment

2 Comments

  1. Anak akak pun suka ngan buku, novel jer dah menimbun dan ada yang x sempat baca lagi...minggu ni nak cari rak buku plak...tambah lagi rak buku...semoga kerajinan menyelubungi akak minggu ni...selalu beli buku kat Popular book..alaa...kad member dah expired la kena pi renew

    ReplyDelete
  2. Sha pun samalah...g shopping mall... nak jugak masuk kedai buku...lama-lama duk situ pun tak apa.. biasanya tak akan keluar dengan tangan kosonglah

    ReplyDelete