Find us on Facebook

SAFI Shayla | Tips Penjagaan Rambut untuk wanita berhijab

Assalamualaikum. Rambut itu mahkota bagi wanita, betul tak? Bertudung tak semestinya rambut dibiarkan kusut masai. Sebab fikir bila keluar rumah, kita pakai tudung, berhijab, siapa yang hendak tengok rambut kita.

Jangan begitu tau. Kebersihan diri termasuk rambut perlu kita jaga. Bukan untuk orang lain. Bila kita bersih, barulah kita rasa selesa dan segar sepanjang hari.


SAFI Shayla | Tips Penjagaan Rambut untuk wanita berhijab | Rambut cantik memang idaman setiap wanita termasuk Fiza juga. Kalau tengok iklan model rambut, alahai cantiknya rambut mereka. Seperti wajah, rambut juga perlukan perhatian yang lebih kerana ia terletak di kepala. Cuba bayangkan kalau kepala asyik gatal je. Macam mana nak buat kerja. Mesti rasa tidak selesa. Betul tak?

Fiza ada tips yang hendak hendak kongsikan mengenai penjagaan rambut tapi ini khas untuk wanita berhijab. Fiza sendiri amalkan hasil dari pembacaan majalah-majalah kecantikan dan juga penulisan di Internet.


1. Ketahui masalah rambut


Penting untuk kita tahu masalah yang dihadapi oleh rambut. Sama ada rambut kita sihat atau mempunyai masalah seperti terlalu kering, terlalu berminyak, berkelemumur, kerap gugur, rambut bercabang, kerap gatal atau sebagainya.

2. Pemilihan syampu rambut


Bila kita sudah tahu masalah rambut, barulah boleh buat keputusan syampu mana yang sesuai digunakan bagi mengurangkan masalah itu tadi. Fiza sendiri mengalami masalah rambut gugur dan juga kulit kepala kering. Jadi, untuk masalah itu, Fiza memilih syampu yang dapat mengawalnya daripada rambut terus gugur.

3. Pemilihan perapi rambut / conditioner 


Masih ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan adalah untuk mengekalkan rambut supaya sihat dan lembut. Ada perapi yang perlu dibilas dan ada juga yang tidak. Fungsinya sama sahaja. Tetapi Fiza lebih suka perapi yang dibilas.

4. Pemilihan Minyak Rambut 


Ada minyak rambut digunakan bagi menampakkan rambut lebih terurus. Ia digunakan selepas rambut benar-benar kering. Barulah senang hendak disikat dan dirapikan. Ada juga minyak rambut yang digunakan sebelum bersyampu seperti inyak Rambut Anti-Kelemumur. Ia digunakan sebelum bersyampu.

5. Pemilihan Serum Rambut

Rambut pun perlu pakai serum ke? Serum rambut dipakai di kulit kepala, Tujuannya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut supaya ia tumbuh dengan lebih sihat

6. Pastikan rambut tidak diikat terlalu ketat

Rambut yang diikat dengan ketat akan membuatkan kepala rasa sakit apabila bertudung. Elakkan mengikat rambut dengan terlalu tinggi kerana ia akan memberi tekanan kepada kepala.

7. Memakai anak tudung yang selesa

Anak tudung memang memainkan peranan yang besar buat wanita berhijab. Pilihlah anak tudung yang selesa, tidak terlalu ketat dan pastikan anak tudung kerap ditukar. Jika tidak, kepala akan rasa tidak selesa dan berbau.

8. Menyikat rambut dengan lembut

Ini penting kerana menyikat rambut dengan kuat akan membuatkan lebih banyak rambut gugur. Kepala juga akan sakit.

9. Berkunjung ke salon rambut

Yang ini memang sukar sedikit untuk diamalkan kerana sebagai wanita berhijab, kita perlu memilih salon mesra muslimah. Tapi jangan risau, kalau tidak ke salon pun, kita masih boleh manjakan rambut dengan syampu yang sesuai.

10. Jaga pemakanan

Pengambilan makanan yang seimbang yang mengandungi vitamin seperti biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3 amat digalakkan. Khasiat yang ada pada makanan juga membantu menyihat dan mencantikkan rambut.

Rangkaian penjagaan rambut pilihan saya

Semestinya SAFI SHAYLA. Ia adalah rangkaian penjagaan rambut untuk wanita berhijab yang lengkap dengan syampu, perapi rambut, minyak rambut, serum dan hair mist. Fiza memilih syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur untuk elak kelemumur di kepala. Biasalahkan, keluar rumah, bertudung, cuaca pula panas, mesti kepala akan rasa berpeluh dan gatal. SAFI Shayla Anti Kelemumur mampu MENGURANGKAN masalah kelemumur tersebut.



Safi Shayla Anti Kelemumur

Safi Shayla Refreshing Scalp Mas Dandruff & Itch Control

Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur

Jika dah tahu apa masalah rambut, mudah untuk kita memilih syampu mana yang sesuai untuk masalah rambut yang dihadapi. 

Didatangkan dengan 8 variasi syampu SAFI Shayla dengan fungsi yang tersendiri. 

1. Syampu SAFI Shayla Kawalan Minyak 
2. Syampu SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur 
3. Syampu SAFI Shayla Hitam Menawan 
4. Syampu SAFI Shayla Licin Terurus 
5. Syampu SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak 
6. Syampu SAFI Shayla Segar Bermaya 
7. Syampu SAFI Shayla Itch-Kontrol 
8. Syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur

Sejak menggunakan rangkaian penjagaan rambut SAFI Shayla Anti Kelemumur, kulit kepala  Fiza jarang gatal. Bau syampu yang wangi kekal walaupun bertudung, bau wangi tersebut masih ada selepas seharian berhijab.

Cara penggunaan Rangkaian SAFI Shayla Anti Kelemumur

Penjagaan bermula daripada kulit rambut. Pertama sekali, sapukan minyak rambut Minyak Rambut Anti-Kelemumur pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit. Kemudiannya bilas dengan syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur. Gunakan masker penyegar kulit Safi Shayla Refreshing Scalp Mas Dandruff & Itch Control setelah selesai syampu. Urutkan kulit selama 1 minit dan kemudian bilas.

Safi Shayla Refreshing Scalp Mas Dandruff & Itch Control perapi dengan kesegaran mentol memang membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan nyaman. Pendek kata memang best sangat conditioner ini.

Kesannya, rambut akan terasa lembut dan ringan. Kepala juga rasa segar dan wangi.

Safi jenama yang dibuat dengan bahan semulajadi terbaik dan disahkan HALAL oleh JAKIM dan dihasilkan 100% di kilang-kilang yang terletak di Malaysia.

Diharapkan tips-tips yang Fiza kongsikan di atas dapat menjadi rujukan buat mereka yang
berhijab dan inginkan rambut kekal cantik dan terurus. Produk Safi Shayla boleh didapati di  tesco & hypermarket. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Safi Shayla, sila layari https://safi.com.my.

Post a Comment

0 Comments